Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sem.pi.tan] | کسمڤيتن

Definisi : 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sem.pi.tan] | کسمڤيتن

Definisi : 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,

Peribahasa

Bak rasa di liang lahad.

Bermaksud :

Dalam kesempitan. lahad = lubang kubur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leptocephalyleptosefaliPerubatanTiadaKetinggian dan kesempitan yang abnormal pada tengkorak.
pyloroplastypiloroplastiPerubatanTiadaPembedahan plastik untuk mengurangkan kesempitan pilorus.
coronary insufficiencykelemahan koronariPerubatanTiadaKekurangan bekalan darah ke otot jantung akibat kesempitan atau ketersumbatan arteri koronari.
coronary artery diseasespenyakit-penyakit arteri koronariPerubatanTiadaKeadaan atau penyakit yang disebabkan oleh kesempitan arteri koronari yang mengakibatkan gangguan bekalan darah ke miokardium. Contoh, angina pektoris dan infarksi miokardium.
nasal snortmendengusSains KesihatanTiadaBunyi nasal yang dihasilkan secara tidak bersuara dan disertai kesempitan hidung serta pengerutan muka.

Kembali ke atas