Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.seng.sa.ra.an] | کسڠساراءن

Definisi : perihal sengsara: ibu kan-dungku telah mati dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.seng.sa.ra.an] | کسڠساراءن

Definisi : keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengsara (adjektif, adv)
Bersinonim dengan susah payah, menderita, melarat, sangsai, sengsai, seksa;,
Kata Terbitan : menyengsarakan, kesengsaraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULLY-PRUDHOMME, RENÉ FRANCOIS ARMAND

Sully-Prudhomme, René Francois Armand (1839–1907)

ialah penyair Perancis yang menerima Hadiah Nobel tahun 1901 untuk

kesusasteraan. Koleksi puisinya yang awal,

termasuk Les Epreuves (1866) dan Les Solitudes

(1869), mengisahkan kesengsaraan cinta. Sajaknya

yang terkemudian mengungkapkan pertelagahan

antara sains dengan agama. Dia juga menulis

beberapa buah buku tentang falsafah dan

psikologi. Dia lahir di Paris.

UMUM 
SACHS, NELLY

Sachs, Nelly (1891–1970) ialah penyair dan

dramatis wanita Yahudi yang dilahirkan di Jerman.

Dia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1966 dalam

bidang kesusasteraan bersama-sama penulis Israel,

Shmuel Yosef Agnon. Para hakim memberikan

penghormatan kepada Sach atas ‘penulisannya

yang penuh bersemangat dan meyakinkan dalam

menggambarkan nasib Israel dengan amat

mengharukan’. Kebanyakan puisinya membicarakan

penindasan dan kesengsaraan yang dialami oleh

orang Yahudi selama beratus-ratus tahun.

UMUM 
SURAH AL-WAQI‘AH

Surah al-Waqi‘ah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

96 ayat. Surah ini dinamakan al-Waqi‘ah (hari

kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda

berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya.

Surah ini membicarakan tentang keadaan hari

kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari

itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu

golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang

berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di

dunia.

UMUM 
STEINBECK, JOHN

Steinbeck, John (1902–1968) ialah pengarang

Amerika yang menerima Hadiah Nobel tahun 1962

bagi kesusasteraan. Fiksyen Steinbeck yang paling

terkenal membawa pembaca menyelami perit jerih

perjuangan hidup orang miskin. Novelnya yang

paling terkenal, The Grapes of Wrath (1939)

memenangi Hadiah Pulitzer 1940. Novel itu

mengisahkan tentang sebuah keluarga petani miskin,

iaitu keluarga Joads dari Oklahoma, yang berhijrah ke

California untuk mencari kehidupan yang lebih baik

ketika Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an.

Steinbeck berjaya menggambarkan dengan berkesan

bagaimana perit jerih perjuangan sebuah keluarga

mencerminkan kesengsaraan hidup rakyat di seluruh

negara. Melalui inspirasi Jim Casy, seorang pengurus

tenaga buruh, keluarga Joads mengetahui bahawa

orang miskin perlu bekerjasama untuk hidup.

UMUM 
PERANG SAUDARA AMERIKA

Perang Saudara Amerika (1861–1865) ialah

satu konflik antara dua bahagian di Amerika

Syarikat. Negara di selatan dikenali sebagai Selatan

atau Negeri-negeri Gabungan, bertempur untuk

mempertahankan perhambaan kaum kulit hitam

dan kehidupan yang berasaskan pertanian. Negara

di utara pula dikenali sebagai Utara atau Kesatuan,

menentang perhambaan yang diamalkan di

selatan serta bertujuan memelihara Kesatuan

semua negeri di Amerika Syarikat. Perang

Saudara Amerika mengorbankan lebih ramai

nyawa penduduk Amerika Syarikat berbanding

peperangan lain. Peperangan ini juga telah

memecahbelahkan penduduk negara itu sehingga

berlaku pergaduhan antara sesama saudara dalam

sesetengah keluarga. Pertumpahan darah yang

dahsyat itu telah menyebabkan kedukaan dan

kesengsaraan yang berlarutan sehingga beberapa

tahun. Malah sehingga kini, peperangan itu masih

lagi tidak berakhir dalam erti kata yang sebenar.

UMUM 

Kembali ke atas