Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.ro.no.kan]/[ke.se.ro.no/.kan] | کسرونوقن

Definisi : perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.ro.no.kan]/[ke.se.ro.no/.kan] | کسرونوقن

Definisi : 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang (diinginkan / diingini) hanyalah keseronokan dan keselasaan. Jawapan yang mana? diinginkan atau diingini? Terima kasih.
Pada zaman serba canggih ini, budaya yang diinginkan/diingini hanyalah keseronokan dan keselasaan. Dari aspek makna kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut, namun jawapan yang paling tepat ialah diingini.

Tatabahasa30.07.2014
apakah maksud HedonismaHedonisme bermaksud, suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami.Makna10.10.2006
Budaya Hedonisme di kalangan remajaHedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna18.05.2007
saya ingin tanya ayat berikut betul tak penggunaan kata memeberikan dan menawrkan Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Namun, jikasedeorang pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menawarkan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Walau bagaimanapun, jika pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menyediakan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Tatabahasa26.10.2015
Salam sejahtera kepada Puan-puan dan tuan-tuan.Adakah salah satu perkataan telah salah penggunaan berdasarkan ayat?Sekiranya ada beberapakesalahan kata atau kesalahan penggunaan kata.Bolehkan memberi penjelasan? Mengkaji nilai dan akhlak murid seperti keikhlasan menjalankan tugas,kesedaran social,etika kehidupan,konsep salah benar dan pandangan tentang keseronokan hidup.Sila betulkan perkataan, ejaan dan kedudukan tanda baca dalam ayat seperti yang berikut. Mengkaji nilai dan akhlak murid seperti keikhlasan menjalankan tugas, kesedaran sosial, etika kehidupan, konsep salah dan benar dan pandangan tentang keseronokan hidup.Lain-lain14.07.2021
apakah maksud hedonisme menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 523, hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna04.07.2010
How to translate the below paragraph: We are pleased to enclose 2 copies of bulletin for your reading pleasure. Within this newsletter you will find the progress and milestones college has achieved, as well as highlights of staff and students activities.Kami dengan senang hati menyertakan bersama-sama ini  2 salinan buletin untuk keseronokan pembacaan anda. Dalam surat berita ini, anda akan dapati bahawa kemajuan dan pencapaian kolej telah dicapai, yang menekankan aktiviti kakitangan dan  pelajar.Lain-lain24.06.2014
apakah maksud mengimplimentasikan, menginduktrinasikan, kebejatan, dan hedonisme?Makna mengimplimentasikan ialah melaksanakan, men jalankan, menunaikan. Mengindoktrinasikan pula ialah menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. Kebejatan pula ialah kerosakan, keburukan. Hedonisme pula ialah pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Makna04.11.2009
Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronakan jika hasil tulisan mereka dihargai oleh masyarakat. Tuan saya nak tanya apakah kesalahan imbuhan dalam ayat ini?Bolehkah Tuan menerangkan kenapa imbuhan sudah silap.

Penggunaan imbuhan dalam contoh tersebut ayat betul.  "Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronokan jika hasil tulisan mereka dihargai oleh masyarakat."   

Tatabahasa08.01.2021
Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'fun raising department'?Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengikut data kami, tiada maklumat  untuk terjemahan kata "
fun raising department". Mohon penjelasan maksud perkataan "fun". Adakah "fun' yang dimaksudkan ialah keseronokan atau "fund" yang bermaksud dana?

Terima kasih.
Makna05.01.2018
12

Kembali ke atas