Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.ro.no.kan]/[ke.se.ro.no/.kan] | کسرونوقن

Definisi : perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.ro.no.kan]/[ke.se.ro.no/.kan] | کسرونوقن

Definisi : 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 
EPICURUS

Epicurus (342?–270 SM) ialah ahli falsafah

Yunani. Pendapatnya tentang keseronokan,

kebebasan, dan persahabatan mempunyai

pengaruh yang kuat di kawasan Yunani-Rom.

UMUM 
KOLAM RENANG

Kolam renang. Berjuta-juta penduduk di

kebanyakan negara gemarkan keseronokan dan

rekreasi yang disediakan oleh kolam renang.

Sesetengah kolam renang digunakan untuk

pertandingan berenang. Rencana ini membincangkan

kolam renang peribadi. Untuk maklumat tentang

kolam renang yang digunakan dalam pertandingan,

lihat Berenang.

UMUM 
SUKAN

Sukan ialah aktiviti olahraga yang teratur yang

dimainkan secara individu atau berpasukan.

Kebanyakan sukan boleh dimainkan oleh lelaki dan

wanita, dan juga kanak-kanak lelaki dan

perempuan. Ramai orang menyertai sukan sebagai

amatur untuk keseronokan peribadi, gemar kepada

pertandingan, ataupun sebagai suatu bentuk

riadah atau senaman yang menyihatkan badan.

UMUM 
MAETERLINCK, MAURICE

Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah

dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli

falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel

tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera

Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam

cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan

mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman

karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908)

merupakan cerita dongeng yang mengisahkan

seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata

tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di

rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang

lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder

(kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah

sedih yang menekankan keperluan mencari kasih

sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari.

Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama

simbolik tentang kekasih unggul yang musnah

kerana mencari kesempurnaan.

UMUM 
SENI LUKIS

Seni lukis adalah satu daripada seni yang tertua

dan terpenting. Sejak zaman prasejarah, artis telah

menyusun warna pada permukaan dengan cara

untuk menyatakan idea mereka tentang manusia,

dunia, dan agama. Lukisan yang dicipta oleh artis

bernilai tinggi bagi manusia. Ia memberikan

keseronokan dan maklumat kepada manusia.

UMUM 
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL-

Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./

1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat

tegas dalam menegakkan perkara makruf dan

mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya

ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf

al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan

keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia

mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan

Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy

sangat terkenal dalam penterjemahan rencana

dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah

salah seorang muridnya yang telah membilang

karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya-

karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al-

Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi

al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin,

sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al-

Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al-

Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi

Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain.

UMUM 
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM 

Kembali ke atas