Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.sa.tan] | کسستن

Definisi : 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki keke­liruan (bkn fahaman, pegangan, dll), ke­silapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.sa.tan] | کسستن

Definisi : perihal atau keadaan sesat: Mereka berusaha utk keluar dr ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesat
Kata Terbitan : tersesat, menyesatkan, kesesatan, penyesatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THE COURT OF HIGH COMMISSION

The Court of High Commission merupakan

mahkamah yang terpenting dalam mahkamah

eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan

untuk mendengar kes yang membabitkan

penentangan terhadap Gereja England. The Court

of High Commission ini diwujudkan pada sekitar

tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya

pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya

berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain

eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan

paderi. Ia juga mendengar kes perceraian.

The Court of High Commission ialah gereja yang

seumpama Court of Star Chamber (lihat Star

Chamber ). Penubuhannya membangkitkan

kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan

bertentangan dengan prinsip common law di

England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di

Court ini adalah antara mereka yang terbabit

dengan persengketaan yang dibicarakan. The

Court of High Commission ini dihapuskan oleh

Parlimen Long pada tahun 1641.

UMUM 
NABI ILIAS A.S.

Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi

berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal

daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah

keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi

Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s.

kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat

bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah

selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini

berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja

mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan

kesesatan yang meluas di kalangan mereka.

Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi

Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan

menyembah berhala dan beralih kepada

menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka

tidak menerimanya.

UMUM 
SALMAN AL-FARISIY

Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah

salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada

golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu

Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi

dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke

Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk

mencari pegangan yang boleh menenangkan

jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan

banyak membaca buku karangan orang-orang

Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut

tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus

kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab.

Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa

dengan serombongan penyamun Bani Kalb.

Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada

seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah

dan dipaksa bekerja di ladang.

UMUM 

Kembali ke atas