Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.tia.an] | کستياءن

Definisi : perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaat­an: Pahang yg dahulunya menjadi seba­hagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.tia.an] | کستياءن

Definisi : keadaan atau sifat setia; keteguhan hati (dlm hubungan suami isteri dll); ketaatan: Hang Tuah tidak ada tolok bandingnya ttg kegagahan dan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,

Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon maklum balas tentang ketepatan frasa "cara meningkatkan kesetiaan pekerja". Adakah frasa ini gramatis, dan adakah konsep peningkatan sesuai digunakan berkaitan kesetiaan pekerja, memandangkan kesetiaan biasanya merupakan sifat yang wujud atau tidak wujud pada seseorang?

Cadangan frasa yang sesuai adalah seperti yang berikut:

a)   Cara Memperteguh Kesetiaan Pekerja

b)   Cara Memperkukuh kesetiaan Pekerja

Tatabahasa17.05.2019
Kesetiaan pd raja & negarateks mantapTatabahasa28.05.2008
Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat dan betul? Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap Pasaraya X Kepuasan dan kesetiaan pelanggan kepada Pasaraya X

Ayat yang lebih tepat dan betul ialah Kepuasan dan kesetiaan pelanggan terhadap pasar raya x.

Tatabahasa16.05.2018
Alhamdulillah.. Berbanyak banyak Berterima kasih seikhlas kesetiaan Budi Baik Bicara kepada Keluarga Syarikat kndbp.com sudi membantu memulihkan semula segala pembayaran Panduan Pengguna Maklum Balas Pengguna.. Disini, Telah Banyak Saya Merekodkan segala Maklumat Dan Maklum Balas yg sewajarnya..harus Diutamakannya..semuanya Tidak satu pun Diwujudkan..Dari segi Website Aaplikasi Pembayaran HADIAH Dan APE sahaja..Didalam Aaps mengatakan Anda Akan Mendapat kan semua hadiah Ini..dalam tempoh 4 hari Atau 2/3 dalam waktu bekerja..Tetapi bila sudah sampai waktunya..tiada ape yg diberitahu..selepas itu .Handfone saya DiRalat Discammer DiRosakkan..Sdh Banyak kali..ianya terjadi kepada saya disini, ✅ Bayangkan Sdh Berpuluh puluh tahun Saya,Terananya oleh Pengguna DiLuar sana..Apalagi No AlamatSila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami membantu tuan.Lain-lain18.01.2024
Adakah ayat- ayat- di bawah betul? a) Persoalan tentang kesetiaan dalam percintaan. b) Kita hendaklah setia dalam percintaan.Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut tidak mengandungi sebarang kesalahan.Lain-lain07.04.2016
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK

Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~;

Lain-lain07.08.2010
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)?Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak):

1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

2.  Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pan­caindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu ab­s­trak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna28.06.2018
apakah maksud tajuk drama Tiang Cengal dan Dinding Sayung' dalam genre komsas Tingkatan 5?

 

Saudara,

Drama "Tiang Cengal Dinding Sayung"  bertemakan tetang kasih sayang dan kesetiaan isteri kepada suami dan keluarga serta kepincangan sikap  anak-anak / generasi muda melaksanakan tanggunjawab terhadap ibu bapa.

untuk maklumat lanjut sila layari www.cemerlangbm.com

 

sekian, terima kasih.  

Sastera23.02.2011
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TKteguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll).

Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan.
Tatabahasa01.09.2012
Salam, Saya ingin bertanya 1) apakah perbezaan di antara khidmat dan perkhidmatan? 2)apakah perbezaan umpama dan seumpama? 3) adakah "angpau terbesar" dan "angpau terbanyak" mempunyai makna yang berbeza? Jika ya, apakah perbezaan tersebut? Terima kasih1)Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud khdimat ialah kebaikan yg dilakukan untuk menunjukkan kesetiaan kepada bangsa, negara dan lain-lain. manakala maksud perkhidmatan pula ialah perihal berkhidmat (ber­tugas).

2) Maksud umpama  menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah sesuatu yg dijadikan perbandingan atau ibarat. Manakala seumpama pula bermaksud sama halnya dengan atau tak ada bezanya dengan.

3) Perbezaan angpau besar atau banyak pula ialah maksud angpau ialah wang dalam sampul kecil yang diberikan sebagai hadiah, sumbangan, pemberian dan sebagainya pada hari atau pada majlis tertentu, terutamanya pada hari Tahun Baru Cina. Maka penggunaan ayat yang betul bagi angpau ialah angpau terbanyak.
Makna21.12.2016
12

Kembali ke atas