Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sim.pu.lan] | کسيمڤولن

Definisi : 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sim.pu.lan] | کسيمڤولن

Definisi : ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hujahargumentSatu set pernyataan logik untuk membuat kesimpulan. Satu hujah terdiri daripada dua atau lebih premis dan satu kesimpulan. Lihat ContohMenengah Atas
penaakulanreasoningProses membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berasaskan sebab-sebab atau alasan yang ada.Menengah Atas
deduksideductionProses membuat kesimpulan khusus daripada pernyataan umum. Contohnya, semua murid tahun satu lulus ujian matematik merupakan satu pernyataan umum. Imran murid tahun satu. Secara deduksi, dapat disimpulkan bahawa Imran lulus ujian matematik.Menengah Atas
aruhaninductionProses membuat kesimpulan umum berdasarkan kes-kes khusus.Menengah Atas
premispremisePernyataan yang diandaikan benar untuk membuat kesimpulan.Menengah Atas

Kembali ke atas