Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sim.pu.lan] | کسيمڤولن

Definisi : 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sim.pu.lan] | کسيمڤولن

Definisi : ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah kesimpulan yang anda dapat buat? atau apakah kesimpulan yang dapat anda buat? yang manakah betul?Ayat yang betul ialah: Apakah kesimpulan yang anda dapat buat?Tatabahasa11.06.2013
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat Atau Apakah kesimpulan yang dapat dibuat Yang mana yang tepat?Menurut data kami, kedua-dua rangkai kata tersebut boleh digunakan.Lain-lain22.08.2019
boleh menetukan kesalahan bahasa di bawah : 1 ) kesimpulan atau kesimpulannya 2 ) secara umumnya atau umumnyaTiada yang salah tentang kedua-dua perkataan yang diberikan. Perkataan tersebut betul sekiranya merujuk kepada situasi dalam ayat. Contoh: Kesimpulan daripada cerita ini... atau kesimpulannya, pengajaran yang kita terima.... Begitu juga untuk perkataan nombor (2).Makna12.11.2015
bagaimana cara penulisan jurnal?

Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah.

 Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan.

 

 

Lain-lain14.01.2009
APAKAH ISTILAH INDAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM SESUATU FORUM?--MUNGKIN ADA ISTILAH MENARIK LAIN BAGI 'TUAN PENGERUSI MAJLIS', 'AHLI PANEL', 'PENDAPAT', 'KESIMPULAN'...?Cadangan perkataan yang sama makna dengan kesimpulan ialah akhirulkalam yang juga biasa digunakan sebagai penutup surat dan huraian. Perkataan yang boleh menggantikan ahli panel yang dicadangkan ialah barisan pembentang, barisan penghujah. Penggunaan gelaran hendaklah bertepatan dengan majlis atau konsep yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain10.02.2009
perkataan lain yang seerti dengan kesimpulankonklusi.Tatabahasa26.08.2007
Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi.Untuk makluman tuan, DBP tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak dan memberi jawapan kepada soalan peperiksaan sekolah.  Kementerian Pendidikan mempunyai skema jawapan yang tersendiri.  Oleh itu tuan sebaiknya berbincang tentang jawapan soalan peperiksaan dengan pihak yang mengeluarkan soalan.Lain-lain16.02.2014
dalam penulisan karangan untuk sekolah, bolehkah digunakan perkataan yang yang di "si" atau "di" kan. contoh studi = belajar, kesimpulan= konklusi, tempoh= durasi, pengguna=konsumer dan lain. BM dah jadi bahasa Indonesia dan bahasa rojak. amat mengelirukanPengguna perlu menggunakan bahasa Melayu jika perkataan tersebut mempunyai terjemahan atau padanannya dalam bahasa Melayu. Lain-lain02.01.2020
macam mana nak mulakan karangan yang berbentuk fakta?Setiap karangan format asasnya sama, iaitu ada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Sila rujuk guru atau buku yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.Lain-lain12.11.2009
Bolehkah perkataan 'konklusi' dalam karangan digunakan kerana dalam pertandingan pidato atau bahas, kita selalu dengar pelajar menggunakan perkataan 'konklusi'.Konklusi tidak digunakan, yang betul ialah kesimpulan.Istilah11.08.2008
1234

Kembali ke atas