Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.da.han] | کسودهن

Definisi : 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.da.han] | کسودهن

Definisi : apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
classical probabilitykebarangkalian klasikPentadbiranTiadaBilangan kesudahan-kesudahan yang berkenaan kepada satu peristiwa dibahagi dengan jumlah semua kesudahan-kesudahan yang mungkin berlaku.
probabilitykebarangkalianMatematikTiada1. Tahap kemungkinan suatu peristiwa (satu set kesudahan). Katalah adanya n kesudahan yang sama-sama mungkin berlaku dalam sesuatu uji kaji/keadaan.
sample spaceruang sampelMatematikTiadaSet yang mengandungi kesemua kemungkinan kesudahan daripada uji kaji rawak. Setiap kesudahan dalam sesuatu ruang sampel dinamakan unsur atau ahli ruang sampel tersebut atau ringkasnya titik sampel. Misalnya, dalam uji kaji melambung duit syiling sekali, kepala `K’ dan ekor `E’ merupakan kesemua kemungkinan kesudahan uji kaji tersebut, Set S = {K, E} merupakan ruang sampel bagi uji kaji melambung duit syiling itu.
outcome of trialkesudahan cubaanMatematikTiadaTiada
outcome of experimentkesudahan uji kajiMatematikTiadaHasil atau keputusan yang diperolehi selepas tamat menjalani suatu uji kaji.
equally likely outcomekesudahan sama boleh jadiPendidikanTiadaTiada
set of outcomeset kesudahanMatematikTiadaTiada
ends and meanstujuan dan caraSejarahTiadaKesudahan atau akhir pada sesuatu proses atau tindakan dan kaedah yang digunakan untuk mendapatkannya.
stochastic eventperistiwa stokastikPentadbiranTiadaPeristiwa yang mana kesudahan berlaku tidak pasti dan ia mengikuti satu taburan kebarangkalian.
random variablepemboleh ubah rawakMatematikTiadaFungsi yang mengaitkan kesudahan dalam sesuatu ruang sampel dengan nilai nyata.
12

Kembali ke atas