Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.li.tan] | کسوليتن

Definisi : perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.li.tan] | کسوليتن

Definisi : 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sulit (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, rumit,

2. Bersinonim dengan dirahsiakan: tersembunyi, tidak terang-terang, diam-diam, senyap-senyap, gelap, haram, tidak dibenarkan, bawah tanah,
Berantonim dengan terang-terang

3. Bersinonim dengan jarang ada: susah dicari, jarang diketemui, mahal,

Kata Terbitan : menyulitkan, kesulitan,

Peribahasa

Sebagai bisul hampir memecah.

Bermaksud :

Menghadapi kesulitan yang hampir dapat diatasi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.'Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.Tatabahasa01.03.2012
saya merasa kesulitan tentang beberapa perkara yang tabu di malaysia, sedangkan di indonesia tidak tabu...seperti butuh...bisakah tuan memberi contoh dan asal katanya...t`maksihPerkataan-perkataan yang mempunyai makna atau konotasi buruk dan negatif dalam masyarakat Malaysia tidak boleh digunakan walaupun perkataan tersebut mempunyai makna yang sebaliknya di negara asal. Langkah-langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia yang kaya dengan tatasusila dengan menjunjung agama Islam sebagai agama yang suci.Tatabahasa25.07.2010
Perkhidmatan pengkalan data korpus DBP tidak berfungsi minggu ini. Hal ini sangat menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan penyelidik. Difahamkan banyak aduan telah dibuat namun kesulitan masih belum diatasi. Tindakan segera pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. DBP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai medium demi keperluan pengguna.Lain-lain20.06.2015
Salam sejahtera, apakah nama bagi frasa "Segala kesulitan amat dikesali" yang sering digunakan di notis-notis, dan apakah sejarah kemunculan frasa ini?Soalan saudara tidak jelas. Namun, untuk makluman, ayat "segala kesulitan amat dikesali" merupakan ayat yang kerap digunakan dalam memo atau pernyataan ringkas berkaitan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang atau individu mengalami masalah, contohnya lewat ke sesuatu tempat, terhalang daripada melaksanakan sesuatu perbuatan dan sebagainya. Ayat yang sama dalam bahasa inggeris, iaitu "any inconvenience caused is regretted". Tidak dapat dipastikan sejarah dan asal usut penggunaan ayat ini. Makna09.07.2020
Penggunaan di atas dan diatas. Ayat mana yang betul? "Terima kasih di atas mesej anda." atau "Terima kasih diatas mesej anda". Dan satu lagi "Kami memohon maaf di atas kesulitan" atau "Kami memohon maaf diatas kesulitan."Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas mesej anda." dan "Kami memohon maaf atas kesulitan." Tatabahasa29.01.2023
Raja Kamariah SAB 10.46 PAGI Assalamualaikum Saya mengalami kesulitan ini hampir seminggu untuk melayari prpm dan laman web DBP. Adakah telah beralih ke alamat lain atau bagaimana? Terima kasih di atas respon pihak Tuan.Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Laman web DBP telah berfungsi seperti sediakala di url yang sama.Lain-lain20.05.2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Saya mengalami kesulitan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Jabatan yang dilampirkan di dalam sistem E-Pengambilan DBP bagi tujuan permohonan jawatan Pembantu Tadbir.(P/O) N19. Bersama- sama ini dikemukakan tangkap layar yang berkaitan untuk rujukan tuan/puan. Perhatian dan bantuan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Pihak kami mengambil maklum berhubung kesulitan puan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Ketua Jabatan dalam sistem e-Pengambilan DBP. Pihak kami telah menyelesaikan masalah teknikal ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan jawatan kosong atau sistem e-Pengambilan DBP, puan boleh e-mel ke pengambilan@dbp.gov.my.Lain-lain26.10.2021
saya memerlukan jasa baik tn. untuk selesaikan kesulitan yang saya hadapi bagi menentukan bentuk kata dan golongan kata..harap pihak tn. dapat membantuDilampirkan bersama-sama bentuk kata dan golongan kata yang telah ditentukan. Terdapat beberapa pindaan yang dihitamkan yakni terdapat kesalahan ejaan dan telah dibetulkan.Tatabahasa12.02.2013
kenapa susah nak apply pengesahan ejaan menggunakan sistem online ?Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Namun begitu, kami sentiasa memantau dan menambah baik sistem perkhidmatan sah bahasa secara dalam talian.Lain-lain12.03.2019
assalamualaikum, saya ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang penggunaan kata 'dari' dan 'daripada' kerana saya mendapat sedikit kesulitan untuk menggunakan kedua-dua perkataan ini.'Dari' digunakan bagi maksud menunjukkan masa, tempat dan arah. Contoh : Dari pukul 3.00 hingga pukul 5.00, dari Ipoh ke Taiping, dari timur ke selatan. 'Daripada' menunjukkan sumber/punca dan perbandingan. Contoh : kain diperbuat daripada kapas, Ahmad lebih pandai daripada Abu.Makna10.10.2006
12345678910...

Kembali ke atas