Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ku.tan] | کتاکوتن

Definisi : 1. perihal takut, rasa takut: maka sekalian orang yg duduk dlm negeri itu sentiasa dgn ~ akan aniaya dan loba orang besar-besar; 2. perasaan hormat dan malu, keseganan; 3. perasaan resah, kegelisahan, kekhuatiran; 4. dlm keadaan takut, menderita (menanggung) takut: pengemis itu kelihatan ~ sahaja rupanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.ku.tan] | کتاکوتن

Definisi : 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasa­an takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Peribahasa

Bagai ayam yang terkecundang.

Bermaksud :

Sangat ketakutan. kecundang = kalah.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticipated fear of crimeketakutan jenayah dijangkaKriminologiKeadilan JenayahReaksi emosi ketakutan dan kebimbangan mangsa terhadap sesuatu bahaya jenayah, akibat daripada persepsi bahaya yang diramalkan oleh mangsa atau dijangkakan menimpa mangsa.
actual fear of crimeketakutan jenayah sebenarKriminologiKeadilan JenayahReaksi emosi ketakutan dan kebimbangan mangsa terhadap sesuatu bahaya jenayah, akibat daripada pengalaman mangsa yang pernah atau hampir pernah menjadi mangsa jenayah tersebut.
computer phobiafobia komputerTeknologi MaklumatTiadaKetakutan yang amat sangat untuk menggunakan komputer. Ketakutan ini mungkin disebabkan kurang berpengetahuan tentang komputer atau mempunyai pengalaman buruk apabila menggunakan komputer pada pertama kali. Orang yang fobia komputer akan cuba mengelak daripada menggunakan komputer malah mungkin menunjukkan simptom fizikal seperti sesak nafas dan tidak selesa.
fear of crimeketakutan jenayahKriminologiKeadilan JenayahPerasaan takut yang timbul dalam diri seseorang kerana wujud kemungkinan menjadi mangsa jenayah walaupun tidak wujud kebarangkalian sebenar yang mereka akan menjadi mangsa jenayah. Ketakutan ini ialah reaksi emosi yang timbul akibat keresahan dan risiko bahaya yang berlaku di sekeliling.
terrorketakutanPerubatanTiadaTiada
childhood fearketakutan kanak-kanakSosiologiTiadaPerihal rasa gerun, bimbang, gentar atau cemas yang dialami oleh kanak-kanak terhadap sesuatu benda atau peristiwa.
trepidationkegentaran;ketakutanPerubatanTiadaTiada
Great FearKetakutan DahsyatSejarahTiadaTiada
special fears and aversionketakutan dan keengganan khasPendidikanTiadaTiada
R.U.R fearketakutan R.U.RPsikologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas