Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH ATAS

Tanah atas ialah lapisan permukaan tanah.

Biasanya, kedalamannya antara 10 hingga 25

sentimeter. Struktur dan ketebalan tanah atas

menggalakkan pertumbuhan sistem akar tanaman.

Tanah atas kaya dengan sejenis kandungan yang

dikenali sebagai humus , satu sumber makanan

penting bagi setiap tanaman seperti bijian kecil dan

rumput (lihat Humus ). Tanah atas juga mengandungi

bakteria yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman.

Tanah atas yang subur diperlukan untuk pertanian,

landskap dan perkebunan. Oleh itu, ia dianggap

sebagai salah satu dari sumber semula jadi yang

penting. Masa selama beratus-ratus tahun diperlukan

di dalam proses pembentukan tanah atas. Oleh sebab

itu, pemeliharaan tanah atas adalah satu dari tujuan

utama pemuliharaan tanah.

UMUM 
TIANG

Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas.

Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang

kerap disusun berderet untuk membolehkan

ketebalan dinding dikurangkan dengan

menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang

didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan,

merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada

pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam

dan konkrit.

UMUM 
ATOM

Atom adalah salah satu daripada unit asas jirim.

Segala-segala di sekeliling kita terbina daripada

atom. Atom sangat halus – sejuta kali lebih halus

daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling

halus yang boleh dilihat di bawah mikroskop

biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion

atom.

UMUM 
MIKROTOM

Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk

memotong bahan menjadi sangat nipis supaya

keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia

mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen,

pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan

skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat

juga Mikroskop; Mikrotomi.

UMUM 
ISOPAK

Isopak merujuk kepada garis selintap yang menyambungkan dua atau lebih kawasan yang mempunyai ciri stratigrafi dan sifat ketebalan batuan yang seragam.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ISOSTASI

Isostasi ialah keadaan keseimbangan graviti di antara litosfera dengan asenosfera, iaitu apungan plat tektonik pada aras tinggi bergantung pada ketebalan dan ketumpatannya.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai tulang marmar atau

osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM 
SEISMOGRAF

Seismograf ialah alat yang menguatkan dan

merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada

rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli

seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan

gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan

seismograf untuk mencari minyak, mengkaji

bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan

glasier.

UMUM 
NOVEL REMAJA

NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas