Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ga.san] | کتݢسن

Definisi : 1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ga.san] | کتݢسن

Definisi : hal atau keadaan tegas; kejelasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh terangkan secara ringkas,perbezaan dan persamaan antara 'pantun', 'sajak', 'puisi', 'syair', 'gurindam' dan 'seloka'?

Secara ringkas persamaan pantun, syair, seloka dan gurindam adalah dikenali sebagai puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

 

 

Lain-lain18.05.2010
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan renting beberapa perkataan yang tidak dijumpai di Dalam kamus dewan akan maknanya. 1. Grounded Theory 2. Trustworthiness 3. Dependability 4. Confirmability 5. Transferability 6. Scientific Rigour Mohon cadangan perkataan yang sesuai untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia. Serian terima Kasih. SOPIAN 0194892464

Cadangan padanan istilah seperti yang berikut:
1. Grounded Theory - Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan.

2. Trustworthiness - kebolehpercayaan

3. Dependability – kebergantungan/kebolehharapan

4. Confirmability – sah/kesahan

5. Transferability – keterpindahan/kebolehpindahan

6. Scientific Rigour – ketegasan saintifik

Penyemakan dan penterjemahan26.10.2015
Nak tanya. Puisi yang bertajuk Negaraku Permai ciptaan Khadijah Hashim ini merupakan syair ke? Saya tidak berapa jelas perbezaan antara puisi, pantun, gurindam kerana saya baru nak berjinak-jinak.Untuk makluman, pantun, syair, seloka dan gurindam merupakan puisi Melayu tradsional atau puisi lama/klasik. Manakala sajak dikenali sebagai puisi moden.

Pantun terdiri daripada empat baris serangkap. Dua baris awal dikenali sebagai pembayang atau sampiran. dua baris akhir dikenali sebagai isi atau maksud. Manakala rima ujung bagi pantung empat kerat ialah a-b-a-b.

Bagi syair pula mengandungi empat baris serangkap. Keempat-empat baris ini terdiri daripada isi. Rima akhir pula a-a-a-a.

Seloka juga dikenali sebagai puisi tradisional yang disusun secara berangkap. Namun setiap rangkap tidak tetap, justeru rima akhir adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti Seloka Pak Kaduk.

Gurindam yang juga dikenali sebagai puisi lama hanya terdiri daripada dua baris serangkap. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Contoh dalam salah satu Gurindam Dua Belas karangan Pujangga Raja Ali Haji, iaitu "Jika ada tidak dilatih/Bila besar bapanya letih"/ Rima akhir pula a-a.

Sajak yang dikenali sebagai puisi moden atau baru adalah bebas daripada peraturan-peraturan penciptaan berbanding puisi Melayu tradsional yang dibincangkan tadi. Oleh itu,  susun baris, rangkap, dan rima adalah berdasarkan tujuan penulis atau penyair. Sifat sajak sedemikian adalah untuk memberi kebebasan kepada penulisnya untuk menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman.

Sastera15.04.2020

Kembali ke atas