Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ga.san] | کتݢسن

Definisi : 1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ga.san] | کتݢسن

Definisi : hal atau keadaan tegas; kejelasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketegasanhal atau keadaan tegas; kejelasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketegasan1. perihal tegas, kejelasan, keteta­p­an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketegasanhal atau keadaan tegas; kejelasan.Kamus Pelajar
kesasaanketegasan (tubuh), kekuatan dan ketegapan (tubuh): bangga juga Mek melihat ~ Awang Lekir itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegas ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan.Kamus Pelajar
sasasl kuat, tegap: adapun Sang Guna itu baik sikapnya, tegap ~ tubuhnya; kesasaan ketegasan (tubuh), kekuatan dan ketegapan (tubuh): bangga juga Mek melihat ~ Awang Lekir itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
keinggerisanterlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesungguhanperihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tegas1 dpt didengar, dilihat dsb dgn terang; nyata; jelas: Ia berkata dgn suara yg ~. 2 tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar; tentu; tepat: Permohonannya telah ditolak dgn ~. menegaskan 1 me­ngata­kan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. ketegasan hal atau keadaan tegas; kejelasan. penegasan perbuatan atau hal menegaskan; penjelasan; penen­tuan. penegas; kata ~ ist kata utk menegaskan sesuatu (spt memang, juga, sahaja, kah, pun).Kamus Pelajar Edisi Kedua
Inggerisrakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas