Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ten.te.ra.an] | کتنتراءن

Definisi : perihal tentera: perjanjian itu melibatkan masalah politik dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ten.te.ra.an] | کتنتراءن

Definisi : hal mengenai tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentera (kata nama)
Bersinonim dengan askar, soldadu, perajurit, serdadu, lasykar, panglima, kesateria, pahlawan, hulubalang, militer;,
Kata Terbitan : ketenteraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
military sanctionsanksi ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan oleh tentera udara, laut atau darat di bawah kelolaan Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan atau mengembalikan keamanan atau keselamatan antarabangsa. Tindakan ini termasuklah sekatan, pengepungan dan demonstrasi ketenteraan. Demonstrasi ketenteraan merujuk kepada serangan atau mempamerkan kekuatan bagi tujuan memperdayakan musuh. Sanksi ketenteraan hanya boleh dilakukan jika sanksi ekonomi, diplomatik dan komunikasi tidak berkesan. Sanksi ketenteraan merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan bersama yang diperuntukkan oleh Bab VII Piagam PBB. Oleh sebab PBB tidak mempunyai angkatan bersenjatanya sendiri, negara anggota hendaklah menyumbang tentera bagi tujuan ini. Contohnya, sanksi ketenteraan yang dikenakan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Sanksi ketenteraan mampu menjadikan negara yang disasarkan kurang agresif seperti apa yang telah berlaku kepada Iraq.
enforcement actiontindakan penguatkuasaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan bukan ketenteraan atau menggunakan ketenteraan yang diambil oleh masyarakat antarabangsa di bawah Bab VII Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap negara yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa. Contoh tindakan bukan ketenteraan termasuklah gangguan hubungan ekonomi dan komunikasi, dan pemutusan hubungan diplomatik. Contoh tindakan menggunakan ketenteraan ialah melancarkan perang terhadap negara penceroboh.
military objectivesobjek ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaObjek yang berdasarkan sifat, lokasi, tujuan atau penggunaannya boleh memberi sumbangan yang berkesan terhadap tindakan ketenteraan. Tindakan memusnahkan, menawan atau meneutralkan objek ketenteraan milik musuh memberi kelebihan ketenteraan yang pasti. Contoh objek ketenteraan ialah kem tentera, kenderaan tentera, laluan tentera, peralatan tentera, pangkalan tentera dan lapangan terbang tentera.
military necessitykeperluan ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAlasan sah yang digunakan untuk melakukan serangan terhadap sasaran ketenteraan, walaupun serangan tersebut secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada populasi dan objek awam. Alasan sah tersebut boleh digunakan kerana tanpa serangan tersebut matlamat ketenteraan tidak akan dapat dicapai. Prinsip ini terpakai dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Contohnya, sekiranya musuh mempertahankan diri dengan menggunakan perisai manusia yang terdiri daripada orang awam, alasan keperluan ketenteraan boleh digunakan oleh pihak tentera untuk menentang musuh tersebut. Dalam hal ini, serangan tersebut perlu dilakukan demi mencapai matlamat ketenteraan walaupun orang awam mungkin akan tercedera.
militiamilitiaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan rakyat yang mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan dan menjalani latihan ketenteraan secara berkala tetapi hanya berkhidmat sepenuh masa pada waktu kecemasan sahaja. Militia boleh dimanfaatkan oleh negara untuk tujuan mempertahankan tanah air dan komuniti. Walau bagaimanapun, sekiranya anggota militia tidak dilatih sepenuhnya dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mereka boleh terlibat melakukan jenayah peperangan atau jenayah terhadap kemanusiaan. Anggota militia juga boleh diperalatkan untuk melindungi kepentingan politik pihak tertentu.
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.
military commandperintah ketenteraanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaUnit dalam organisasi ketenteraan yang berada di bawah tanggungjawab komander tentera. Seorang komander tentera biasanya dilantik secara khusus untuk menyediakan kerangka undang-undang bagi menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya. Dengan kuasa ini, perintah yang diberikan oleh komander kepada semua anggota unit perlu dipatuhi. Seorang komander tertakluk kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mempunyai obligasi untuk menghalang atau menyekat jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan supaya tidak dilakukan oleh orang bawahannya. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan seorang komander bersalah atas prinsip tanggungjawab perintah.
blitzkriegperang kilatSains PolitikHubungan AntarabangsaOperasi ketenteraan secara pantas yang digunakan oleh negara tertentu dengan mengerahkan segala sumber kekuatan untuk menyerang pihak lawan. Contohnya, operasi ketenteraan oleh Jerman terhadap Poland pada tahun 1939 dan Eropah Barat semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1940.
militarismmilitarismeUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDasar pemerintahan yang berasaskan jaminan keselamatan yang terletak pada kekuatan ketenteraan. Dasar pemerintahan ini merupakan satu kepercayaan atau matlamat sesebuah kerajaan bagi sesebuah negara untuk mengekalkan keupayaan ketenteraan yang kuat dan bersedia untuk menggunakannya secara agresif untuk menjaga kepentingan negara. Dasar ini memberikan kedudukan yang lebih utama kepada pertimbangan ketenteraan dalam budi bicara berbanding kekuatan politik yang lain. Individu atau pihak yang terlibat dalam perkhidmatan militari turut mendapat layanan istimewa daripada pihak berkuasa. Pengaruh dan kekuatan militari diambil kira ketika membuat keputusan dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang awam. Pengaruh ini sangat jelas dalam sejarah pelbagai kerajaan, khususnya apabila pihak berkenaan terlibat dalam peluasan kuasa, misalnya Jepun, Britain, Jerman (Nazi), Kesatuan Soviet dan Iraq (ketika pemerintahan Saddam Hussien).
principle of non-interventionprinsip tidak campur tanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPrinsip dalam undang-undang adat antarabangsa yang menyatakan bahawa sesebuah negara berdaulat mempunyai hak untuk mengendalikan urusannya tanpa campur tangan luar, sama ada dalam bentuk ketenteraan atau bukan ketenteraan.
12345678910...

Kembali ke atas