Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ter.li.ba.tan] | کترليبتن

Definisi : perihal terlibat: dasar ini merupa­kan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ter.li.ba.tan] | کترليبتن

Definisi : hal terlibat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterlibatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan antara "penglibatan" dan "keterlibatan"?"Penglibatan" bermaksud hal atau perbuatan melibatkan, manakala "keterlibatan" bermaksud hal terlibat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1319. Makna19.09.2023
Salam sejahtera, Apakah perbezaan "penglibatan" dan "keterlibatan"?Salam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penglibatan bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). 

Keterlibatan pula bermaksud perihal terlibat.

Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Sekian, terima kasih.
Makna06.06.2017
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah bagi "work engagement" sama ada ianya adalah "penglibatan kerja" atau "keterlibatan kerja" kerana engagement=pertunangan dirasakan tidak sesuai dari istilah bahasa Melayunya. Terima kasih.Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat ialah keterlibatan kerja.Istilah29.12.2015
MAKSUD ILTIZAM(i) KETERLIBATAN SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN PENUH TANGGUNGJAWAB DALAM MELAKUKAN SESUATU, KOMITMEN. (ii) PENYATAAN BERUPA PERSETUJUAN (PERJANJIAN) YANG MENYEBABKAN SESEORANG (SESUATU PIHAK) TERIKAT (BERAZAM) UNTUK MELAKUKAN SESUATU.Lain-lain02.12.2010
contoh ayat : 1. maka langkah dihayun untuk keterlibatan aktif beliau dalam politik tanah air... -dalam contoh ayat diatas penggunaan kata 'dihayun' sesuai digunakan ataupun perkataan 'diayun' adalah lebih sesuai?Ejaan yang betul ialah "diayun", iaitu daripada kata dasar "ayun". Perkataan "hayun" tidak wujud dalam bahasa Melayu.Istilah06.08.2014
Bolehkah saya terjemahkan perkataan job engagement sebagai keterlibatan kerjaUntuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk "job engagement" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "engagement" dalam bidang pentadbiran yang padanan istilah bahasa Melayunya ialah pengambilan kerja.Istilah06.04.2014
maksud perkataan 'beriltizam', 'menggapai', 'wawasan'Beriltizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu atau komitmen. Menggapai bermaksud menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu manakala wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal atau pandangan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Makna22.10.2009
Apakah padanan media engagement?Padanan dalam bahasa Melayu untuk "media engagement" ialah "keterlibatan media".Makna11.09.2019
apa maksud ikhtizam dan betul ke ejaannyaPerkataan iltizam bukan ikhtizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 567.Makna01.01.2009
terjemahan yang sesuai untuk frasa: engagement with external parties....mohon terjemahan yang sesuai untuk perkataan engagementTerdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan. Merujuk pada frasa  engagement with external parties, kesemua padanan keterlibatan, perjanjian dan ikatan boleh digunakan, namun pemilihan padanan yang paling sesuai bergantung pada konteks penggunaan yang puan maksudkan.Istilah06.02.2018
123

Kembali ke atas