Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ter.li.ba.tan] | کترليبتن

Definisi : perihal terlibat: dasar ini merupa­kan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ter.li.ba.tan] | کترليبتن

Definisi : hal terlibat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterlibatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
entanglementketerlibatanFizikNanoteknologiKeadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum.
engagementketerlibatanKesusasteraanTiadaKomitmen penulis untuk mengetengahkan sesuatu ideologi, sama ada politik atau sosial demi perubahan sosial. Bagi mencapai tujuan ini, penulis menjarakkan dirinya dengan karyanya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih objektif.
engagement sessionsesi keterlibatanPengurusanTiadaTiada
student engaged timemasa keterlibatan pelajarPendidikanTiada

 Masa pelajar melakukan atau mencuba tugasan atau kerja yang diberikan oleh guru.

political socializationpemasyarakatan politikSejarahTiadaFenomena dalam politik dalam memperlihatkan keterlibatan seluruh anggota masyarakat dalam politik negara.
curriculum planningperancangan kurikulumTeknologi Maklumate-PembelajaranProses merancang pembinaan kurikulum atau keterlibatan pelajar secara terancang dan penentuan arah tuju struktur kursus atau pembelajaran dalam sesuatu program pengajian. Proses kompleks ini melibatkan penentuan hasil pembelajaran, pentaksiran, kandungan dan keperluan pedagogi bagi kejayaan seseorang pelajar.
exclusivityketakterangkumanUmumTiadaDasar ketertutupan peluang hanya kepada sesuatu kumpulan tertentu dan melarang keterlibatan orang luar.
activismaktivismeSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang berasal daripada perkataan Jerman iaitu Activismus, yang membawa maksud keterlibatan secara meluas dan aktif para intelektual dalam proses transformasi di Jerman sewaktu berakhirnya Perang Dunia Pertama. Fahaman ini merujuk kepada keterikatan secara aktif para ilmuwan dalam proses transformasi politik yang berlaku bagi sesebuah masyarakat atau sistem politik. Para ilmuwan ini tidak semestinya bersifat melampau atau tidak melampau, malah bersifat rasional.
brand loyaltykesetiaan jenamaKomunikasiKorporatTanggapan, pandangan, sikap, atau kepercayaan positif terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan serta perasaan keakraban, keberkaitan, dan keterlibatan yang kukuh dalam kalangan khalayak terhadap sesuatu jenama barangan dan perkhidmatan. Perasaan ini merupakan peringkat kesan iklan terakhir yang hendak dicapai oleh pengiklan. Setiap syarikat perniagaan barangan dan perkhidmatan akan berusaha untuk mewujudkan pengguna yang setia terhadap jenamanya dengan menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan. Hal ini kerana kesetiaan tersebut boleh mewujudkan sekumpulan pengguna yang sukar mengubah cita rasa terhadap barangan atau perkhidmatan lain dalam sebarang keadaan. Ciri-ciri kesetiaan khalayak terhadap barangan ialah barangan diterima dan diwarisi dalam keluarga pengguna, barangan wujud dalam pasaran dalam tempoh masa yang lama, serta mutu barangan yang memberikan kepuasan dan tidak menghampakan pengguna. Selain itu, berlaku pengulangan pembelian dan penggunaan barangan. Perubahan nilai harga barangan atau perkhidmatan tidak akan mempengaruhi kesetiaan jenama.
neighbourhood restorationpemulihan kejirananKriminologiKeadilan JenayahSatu kaedah pencegahan jenayah untuk menyelesaikan masalah persekitaran dan kemasyarakatan di sesuatu kawasan kejiranan. Contohnya, penyediaan taman permainan di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah bagi menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang sihat sekali gus mengelakkan keterlibatan mereka daripada tingkah laku melencong.
12

Kembali ke atas