Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ter.se.dia.an] | کترسدياءن

Definisi : keadaan tersedia: ~ indeks; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketersediaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
availability- ketersediaan - kebolehsediaan - kebolehdapatanEjaan19.06.2013
apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk istilah perubatan di bawah:- 1. First-pass Metabolisme = Metabolisme Laluan-Pertama? 2. Bio-Availability = Bio-keperolehan / Bio-ketersediaan? 3. Theraphy Localization= Terapi Penyepadu? 4. Fat Soluble = Larut Lemak?Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1.  First-pass metabolisme: Metabolisme laluan pertama



2. Bio-availability:
 Bioketersediaan, biokebolehsediaan, biokebolehdapatan, biokeperolehan



3.Theraphy localization:
Terapi penyetempatan, terapi persetempatan

4. Fat soluble: Larut lemak

Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Istilah19.03.2021
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan tentang laman PRPM yang tidak berapa stabil dan konsisten sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya, sambungan ke laman terputus-putus dan keduanya, ketersediaan Kamus Bahasa Inggeris tidak konsisten, misalnya tidak boleh diakses dua hari yang lepas, kembali pulih semalam, namun tidak boleh diakses semula hari ini. Saya berharap laman PRPM dapat dipulihkan secepat mungkin agar terus membantu ramai penggunanya yang lain seperti saya. Terima kasih. Salam hormat, Puan GeethaSalam sejahtera,

Puan,

Maklumat dari Bahagian Sistem Maklumat menyatakan terdapat gangguan sistem dan sedang cuba diatasi.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2019
Definisi terma 'food security' dinyatakan dalam carian di laman ini sebagai 'keselamatan makanan'. Sedangkan keselamatan makanan adalah merujuk kepada istilah 'food safety'. Saya mencadangkan/ingin mohon semakan, bolehkah istilah 'food security' tersebut digantikan dengan 'kecukupan makanan'? Mohon maklum balas pihak tuan/puan. Terima kasih.Berdasarkan konsep dan maksud " food security", terdapat tiga teras utama, iaitu kebolehdapatan/ketersediaan, capaian dan penggunaan. Maka dicadangkan "food security" diterjemahkan sebagai "jaminan makanan" yang dapat merujuk kepada jaminan kebolehdapatan/ketersediaan, jaminan capaian dan jaminan penggunaan.Makna10.11.2014
Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Food availability 2. Food accessibility 3. Food utilization 4. Food stabilityKami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1) Food availability: Kebolehdapatan makanan atau ketersediaan makanan

2) Food accessibility: Kebolehcapaian makanan atau ketersampaian makanan

3) Food utilization: Penggunaan makanan

4) Food stability: Kestabilan makanan 

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah17.12.2021

Kembali ke atas