Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
account managementpengurusan pelangganKomunikasiKorporatSistem mengurus aktiviti khidmat perundingan yang diberikan kepada pelanggan. Sistem pengurusan ini wujud dalam agensi perhubungan awam dan pengiklanan. Bahagian pengurusan pelanggan bertanggungjawab untuk mengendalikan akaun yang mengandungi senarai aktiviti perhubungan awam atau pengiklanan yang telah dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab membayar setiap perkhidmatan yang diperoleh berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam kontrak. Tempoh kontrak ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi, kontrak pada kebiasaannya akan diperbaharui. Contoh aktiviti khidmat perundingan yang dilakukan oleh agensi ialah pengurusan promosi dan publisiti, pengurusan jenama, pengurusan citra dan reputasi, pengurusan acara, dan pelobian. Strategi pengurusan pelanggan melibatkan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dan mampu meninggalkan kesan yang menyeluruh. Sinonim pengurusan akaun.

Kembali ke atas