Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tia.da.an] | کتياداءن

Definisi : 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tia.da.an] | کتياداءن

Definisi : 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tia.da.an] | کتياداءن

Definisi : 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ATAKSIA

Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot.

Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada

bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor

melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan.

Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak

yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat

demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan

rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia

memejamkan matanya.

UMUM 
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH

Ketiadaan tempat berteduh ialah satu

keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai

alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat

berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan

yang terbiar, di bawah jambatan, stesen

bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan

kecemasan dan jalanan.

UMUM 
SIFARSifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0,
kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan
untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar
diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu
sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan
pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan,
atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka
itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus),
digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula
bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan
nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita
perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan
puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar
apabila ditambah kepada atau ditolak daripada
sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu
nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai
sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat
ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
UMUMKonsep
KEBOTAKAN

Kebotakan atau alopecia ialah ketiadaan rambut

atau rambut jarang di kulit kepala. Rambut menjadi

jarang di kepala ialah suatu proses yang normal

apabila seseorang itu meningkat tua. Walau

bagaimanapun, banyak jenis kehilangan rambut

yang tidak normal juga berlaku.

UMUM 
DAYA MEMUSAT

Daya memusat ialah daya yang memaksa

sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat.

Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya,

sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus

dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti

bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya

bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila

anda memusing seketul batu yang diikatkan pada

benang, anda mesti menarik benang itu untuk

menahan batu tersebut daripada melayang dalam

satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan

oleh benang pada objek itu ialah daya memusat.

UMUM 
GOBEK

GOBEK, alat untuk melumatkan atau menumbuk sirih. Gobek biasanya digunakan oleh orang tua yang sudah kekurangan atau ketiadaan gigi. Panjang gobek lebih kurang 25.5 cm dan bergaris pusat 2.5 cm. Gobek diperbuat daripada buluh, kayu, besi, tembaga, perak atau emas.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas