Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tia/] | کتياق

Definisi : bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya; ~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perin­tah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tia/] | کتياق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), jenjagung, limau hutan, melaman, rejang, Acronychia laurifilia; 2. sj tumbuhan (pokok), belangkas hutan, kabuk, Acronychia porteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tia/] | کتياق

Definisi : 1 bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Dia mengepit sehelai kain di bawah ~nya. 2 bahagian yg menyerupai ketiak 1: ~ daun sudut atas antara daun dgn batang; ~ pelepah sudut atas antara pelepah dgn batang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiak

Puisi
 

Masa emak mudik ke hulu,
     Buat sunting bunga kenerak;
Masa emak buat baju,
     Bubuh sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
topang ketiakcrutchesAlat yang diperbuat daripada kayu atau besi yang diletakkan di bawah ketiak bagi membantu seseorang yang cacat atau cedera pada kakinya untuk berjalan.Menengah Rendah
tunas aksilaxillary budTunas yang tumbuh pada aksil atau ketiak daun.Menengah Atas
nodus limfalymphatic nodesNodus yang terdapat pada sistem limfa. Ia didapati di leher, groin dan ketiak serta berfungsi sebagai penapis mikroorganisma dan menghasilkan limfosit.Menengah Atas
termometer klinikclinical thermometerTermometer yang digunakan khusus untuk mengukur suhu badan manusia. Bahagian hujung termometer akan diletakkan di bahagian bawah lidah, di bawah ketiak atau di hujung dubur. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas