Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tia/] | کتياق

Definisi : bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya; ~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perin­tah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tia/] | کتياق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), jenjagung, limau hutan, melaman, rejang, Acronychia laurifilia; 2. sj tumbuhan (pokok), belangkas hutan, kabuk, Acronychia porteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tia/] | کتياق

Definisi : 1 bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Dia mengepit sehelai kain di bawah ~nya. 2 bahagian yg menyerupai ketiak 1: ~ daun sudut atas antara daun dgn batang; ~ pelepah sudut atas antara pelepah dgn batang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiak

Puisi
 

Masa emak mudik ke hulu,
     Buat sunting bunga kenerak;
Masa emak buat baju,
     Bubuh sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stem tubertuber batangBotaniTiadaBahagian hujung batang di bawah tanah yang menjadi tebal dan berisi. Batang ini berasal daripada ketiak-ketiak daun di bahagian yang berhampiran dengan pangkal batang utama. Pada permukaan tuber terdapat mata tunas. Contohnya, pada kentang dan ubi torak.
petioled buddingcantuman tunas berpetiolPertanianAgronomi

Teknik cantuman menggunakan tangkai atau pelepah daun baru yang disisipkan pada ketiak daun pokok penanti. Kelaran secara melintang dan menurun dibuat sedikit pada ketiak daun bagi menyelitkan tangkai daun yang diruncingkan hujungnya. Setelah sisipan dibuat, kedua-dua tangkai daun dan pokok penanti diikat selama sebulan menggunakan tali pita bagi mengelak terkena air. 

armpitketiakPerubatanTiadaLekukan di bawah lengan, tempat lengan bersambung dengan bahu. Istilah teknikalnya ialah aksila.
leaf axilketiak daunPertanianTiadaTiada
leaf axilketiak daunPerhutananTiadaTiada
armpit to wristketiak ke pergelangan tanganPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
armhole levelaras ketiakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
axillaaksilaPerubatanTiadaKetiak, iaitu sudut di antara lengan dengan sisi badan.
across back at armhole levelbidang belakang aras ketiakPentadbiran PerniagaanTiadaUkuran lebih kurang 10cm dari pangkal tengkuk ke bawah dan kemudian diukur melintang dari kiri ke kanan keruk lengan bahagian belakang.
underarm gussetkekek rusukKesenianTiadaKekek yang dicantum pada ketiak pakaian untuk tujuan memberi keselesaan pergerakan lengan. Contohnya, lengan kimono dan lengan baju kurung.
12345

Kembali ke atas