Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan terperinci berkenaan ejaan 'kau'. Ketika mana ia perlu dieja jauh/dekat? Lebih baik lagi jika Tuan/Puan dapat jelaskan apa itu perkataan aktif/pasif.1. Kata ganti nama diri kedua "kau" (kependekan engkau) dieja dekat atau bersambung dengan kata kerja transitif dalam ayat pasif contohnya, "kauambil, kaumakan. 2. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan dan -I. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.Lain-lain07.02.2018
Assalamualaikum Tuan, Mohon penjelasan terperinci berkenaan ejaan 'kau'. Ketika mana ia perlu dieja jauh/dekat? Lebih baik lagi jika Tuan/Puan dapat jelaskan apa itu perkataan aktif/pasif. Bantuan Tuan amat saya hargai. Thanks & regards, Hajar AzraaiWa alaikum salam,

Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum/rapat dengan kata kerja pasif contohnya, kaubacalah buku ini.

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Abu menendang bola. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Bola ditendang oleh Abu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga bermula halaman 483 untuk keterangan lanjut berkenaan perkara ini.
Tatabahasa29.12.2017
Assalamualaikum Tuan/Puan, Mohon penjelasan terperinci berkenaan ejaan 'kau'. Ketika mana ia perlu dieja jauh/dekat? Lebih baik lagi jika Tuan/Puan dapat jelaskan apa itu perkataan aktif/pasif. Bantuan Tuan/Puan amat saya hargai.Wa alaikum salam,

Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum/rapat dengan kata kerja pasif contohnya,  kaubacalah buku ini.

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Abu menendang bola. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Bola ditendang oleh Abu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga bermula halaman 483 untuk keterangan lanjut berkenaan perkara ini.
Tatabahasa29.12.2017
Bagai manakah bahasa Melayu berbeza dengan bahasa Jawi dan bahasa Melayu standart boleh diguna ketika mana?Bahasa Melayu tidak dapat dibuat perbandingan dengan bahasa Jawi kerana tiada istilah bahasa Jawi dalam bahasa Melayu.  Yang ada ialah tulisan Jawi.

Bahasa Melayu standard digunakan dalam urusan rasmi termasuk dalam penulisan dalam pembelajaran di sekolah dan IPT, surat-menyurat yang rasmi, dalam ucapan rasmi dalam dalam semua perkara yang rasmi di pejabat dan sebagainya..
Lain-lain23.09.2014
Semasa saya mengajar di Sabah dahulu, sering kali saya terbaca perkataan "meraru" dan "kudapan" dalam atur cara majlis untuk makan atau minum. Apakah maksud dengan perkataan tersebut dan ketika mana patut digunakan. Untuk minum petang pula apakah perkataan yang boleh digunakan. Sekian, tqMakna perkataan "merarau" ialah makan tengah hari, manakala kudapan ialah snack atau dengan kata nama lain digunakan bagi minum pagi atau minum petang dengan kuih muih. Harap maklum.Makna24.10.2007
Mana satukah yang betul ........ketika saya mengajar atau ....... ketika saya sedang mengajar?Yang betul ialah "ketika saya mengajar".Tatabahasa03.05.2014
mana yang betul? ialah ketika atau adalah ketikaDalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat tuan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa18.12.2014
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku.

Salam sejahtera,

Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata
nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat.

Tatabahasa19.11.2012
Tuan, boleh tolong jelaskan apa perbezaan rangkai kata bilamana dan bila mana? Adakah bila mana wujud dalam bahasa melayu? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, bilamana bermaksud apabila, apakala, ketika. Dalam urusan rasmi, penggunaan bilamana tidak digalakkan dan hendaklah menggunakan perkataan seerti seperti apabila, apakala dan ketika.Tatabahasa02.12.2013
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai jaket keselamatan semasa/ketika menaiki bot. (yang mana satu betul? Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan iaitu "Kita harus memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot" atau "Kita harus memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot".Tatabahasa12.05.2023
12345

Kembali ke atas