Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting.ga.lan] | کتيڠݢلن

Definisi : 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kema­juan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentu­lah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Yang dulu mendapat,
     yang kemudian ketinggalan.

Bermaksud :

Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
KetinggalanMelati TimurMutiara1 January 1958
Kita ketinggalan tiga dekadMohamad Ali MajodDewan Sastera1 February 1997
Pastikan jangan ketinggalanTiadaDewan Ekonomi1 June 1995
Seorang Tua yang Ketinggalan BasZahari HasibPerisa: jurnal Puisi Melayu, jil.12, 20041 January 2004
Malaysia tidak harus ketinggalanMokhtar AliDewan Ekonomi1 January 1996
Bidang iktisas:mengapa bumiputera ketinggalanZainal Abidin Abdul WahidDewan Masyarakat1 April 1997
R & D: kita masih ketinggalanMohd Aslam Gulam HassanDewan Masyarakat1 February 1995
Kajian sastra Arab moden ketinggalan modenIsmail IbrahimUtusan Kiblat1 February 1971
Melayu teras kebudayaan nasional ketinggalan zamanKadir AhmadMastika1 June 1975
Remaja orang asli: Ttdak mahu ketinggalan dalam pembangunanZulzila DzulkefliDewan Siswa1 June 1998

Kembali ke atas