Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting.ga.lan] | کتيڠݢلن

Definisi : 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kema­juan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentu­lah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Yang dulu mendapat,
     yang kemudian ketinggalan.

Bermaksud :

Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bolak-bolak Bjsejenis tarian untuk meraikan tetamu.Dia mesti tidak mahu ketinggalan untuk mempersembahkan tarian “bolak-bolak”, tarian rentak “tarirai” dan lain-lain tarian tradisi Bajau yang agak eksklusif.KakakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beyuh, *boyuh* Bdsejenis pokok berdaun besar dan boleh dibuat baju.Tidak juga ketinggalan tali-tali kecil yang diperbuatnya sendiri daripada kulit kayu beyuh yang lembut.Novel Antara Dua KepercayaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tarirai Bj, Slsejenis tarian utk menyambut tetamu, untuk meraikan perkahwinan.Dia mesti tidak mahu ketinggalan untuk mempersembahkan tarian “bolak-bolak”, tarian rentak “tarirai” dan lain-lain tarian tradisi Bajau yang agak eksklusif.KakakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penjaram MSbsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras.ODU Launai sibuk. Seekor ayam, pasti jadi habuan. Begitu juga dengan kain putih, hitam, hijau dan merah. Tidak ketinggalan air tapai dan kuih penjaram.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
punsuan Tbbusut yang dijadikan sebagai tempat memanggil semangat padi.Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pak cik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman?Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linamin Tbtempat khas untuk menyimpan padi yang dituai, kepuk padi.Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pakcik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman?Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas