Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kéton) (Kim) kumpulan sebatian orga­nik yg terdiri drpd dua kumpulan hidrokarbon yg dirangkaikan oleh kumpulan karbonil, di­gunakan utk membuat cat dan bahan letupan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keton


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acetonemiaasetonemiaPerubatanTiadaKewujudan sebatian keton dan bahan terbitan keton dengan banyak di dalam darah.
ketoneketonKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mengandungi kumpulan karbonil, C=O, yang terikat pada dua kumpulan alkil atau aril sebagai ciri utamanya, dan mempunyai formula am RCOR’ (R,R’ ialah kumpulan alkil atau aril). Keton yang paling ringkas ialah propanon, CH3COCH3. Keton biasanya disediakan secara pengoksidaan alkohol sekunder dan digunakan untuk membuat cat dan bahan letupan.
ketone bodyjasad ketonPerubatanTiadaKeton asid asetoasetik, aseton dan B-hidroksibutirat, yang dihasilkan semasa metabolisme lemak.
ethyl ketoneetil ketonKimiaTiadaKeton dengan formula C2H5COC2H5.
ketone bodyjasad ketonVeterinarTiadaBahan yang terbentuk daripada penguraian lemak apabila berlakunya bekalan glukosa dalam darah terhad untuk menghasilkan tenaga. Dalam proses glukoneogenesis, jasad keton seperti asid beta-hidroksibutirik, asid asetoasetik dan aseton dihasilkan. Peningkatan bahan-bahan ini yang melebihi aras normal dalam darah boleh menyebabkan asetonuria. Lihat juga asetonuria, hipoglisemia.
quinonekuinonHerbaFitokimiaKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kefungsian keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan berganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya mempunyai warna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dan kefungsian keton. Kebanyakan sebatian kuinon digunakan sebagai bahan pewarna di samping berguna sebagai bahan ubatan dan racun kulat.
quinonekuinonHerbaPemiawaianKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia).
benzoquinonebenzokuinonHerbaFitokimiaRangka yang paling asas bagi kuinon yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton terdapat pada kedudukan 1,2- atau 1,4- dan dua ikatan berganda dua terletak antara kumpulan keton. Sistem hidupan benzokuinon seperti ubikuinon dan plastokuinon memainkan peranan yang penting sebagai pembawa elektron dalam rantai pengangkutan elektron dalam mitokondria.
ketoneketonFizikTiadaTiada
ketoneketonGeologiTiadaSebatian yang mengandungi kumpulan karbonil dalam molekul, terikat pada dua radikal hidrokarbon.
12345678910...

Kembali ke atas