Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.lé.nan] | کتولينن

Definisi : perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TURUS PLATSejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
TURUS TERPADATSejenis alat yang terdapat di dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran cecair atau gas untuk menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Antara jenis proses pemisahan yang .....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
TANAH JAJAHAN TELUK MASSACHUSETTS

Tanah Jajahan Teluk Massachusetts ialah

salah satu penempatan orang Eropah yang pertama

di New England, Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan di

Salem, Massachusetts, pada tahun 1628, oleh

sekumpulan kecil pengikut Puritan Inggeris.

Pengikut Puritan ingin mengekalkan ketulenan

agama mereka serta bebas daripada apa yang

mereka rasakan sebagai kejahatan Gereja England.

John Endecott telah mengetuai kumpulan pertama

peneroka tersebut. Pada tahun 1630, John Winthrop,

yang menjadi gabenor koloni tersebut, telah

mengetuai 1000 orang lagi peneroka menuju

Boston.

Lihat juga Massachusetts ; Puritan; Williams,

Roger.

UMUM 

Kembali ke atas