Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.lé.nan] | کتولينن

Definisi : perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seed purity testujian ketulenan biji benihPertanianAgronomi

 Ujian untuk menentukan tahap ketulenan biji benih dari segi genetik. Contohnya, dalam satu sampel biji benih mungkin terdapat 80 peratus biji benih tulen, 15 peratus biji benih asing dan 5 peratus bahan lengai. Maka, ketulenan biji benih ialah 80 peratus. Beberapa sampel biasanya diambil secara rawak bagi ujian ketulenan tersebut. 

seed deteriorationkemerosotan biji benihPertanianAgronomi

 Penurunan kualiti biji benih sama ada dari segi percambahan, ketulenan genetik atau ketulenan fizikal. Benih yang merosot tidak sesuai digunakan untuk penanaman. Kemerosotan juga terjadi apabila biji benih disimpan terlalu lama menyebabkan percambahan yang rendah. Faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan biji benih seperti serangga, suhu dan kelembapan yang tinggi di tempat penyimpanan.

purity standardpiawai ketulenanPertanianAgronomi

Ukuran atau nilai piawai yang telah ditetapkan oleh organisasi seperti SIRIM atau ISTA (International Seed Testing Association), sebagai nilai minimum untuk melepasi keperluan pengguna. Contohnya, piawai ketulenan biji benih termasuk ciri keseragaman, ketulenan, kestabilan dan baka biji benih yang tulen mengikut piawai ditetapkan. 

purity testujian ketulenanHerbaTiadaProsedur penentuan tahap ketulenan bahan herba berdasarkan kaedah dan had piawai yang ditetapkan oleh spesifikasi monograf herba. Ujian ini adalah sebahagian daripada ujian kawalan kualiti bagi bahan mentah dan sediaan herba. Ujian ini terdiri daripada penentuan kandungan bendasing, abu, lembapan, bahan terekstrak, logam berat dan pestisid dan kontaminasi mikrob, aflatoksin dan radioaktif. Bahan herba yang tidak mematuhi spesifikasi monograf herba dianggap tidak selamat untuk digunakan.
authenticityketulenanSejarahTiadaSesuatu yang mempunyai ciri-ciri kebenaran, keadilan, kesahan, ketulenan dan kewibawaan.
herbal authenticationpengesahan herbaHerbaTiadaProses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah.
pawn value assessmentpenaksiran nilai gadaianEkonomiEkonomi IslamProses menilai dan menentukan harga barang gadaian yang dijadikan cagaran bagi pinjaman. Sekiranya barang gadaian tersebut ialah emas, penilaian akan dilakukan berdasarkan berat, jenis dan ketulenan. Beberapa ujian ketulenan akan dilakukan seperti ujian asid, ujian takat lebur dan kelembutan barang gadaian. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengelakkan barang gadaian emas tiruan. Berat dan jenis barang gadaian serta maklumat harga emas semasa digunakan untuk menentukan nilai barang gadaian emas.
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.
authenticationketulenanEkonomiTiadaTiada
purityketulenanKejuruteraanTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas