Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum.bar] | کتومبر

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg dijadikan rempah), Coriandrum sativum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek); a) gambir badak, gambir-gambir (akar), gegambir jantan, kecam, Maesa ramentacea; b) lidah ular, sedeguri, Sida acuta; ~ jawa sj tumbuhan (herba), jeruju gunung, kangkung gunung, Eryngium foetidum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.bar] | کتومبر

Definisi : nama sj pokok atau bijinya (bijinya dibuat rempah), Coriandrum sativum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketumbar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coriander seedbiji ketumbarPentadbiran PerniagaanTiadaBuah dari tumbuhan ketumbar yang masak dan kering sebagai perasa dalam jeruk, kari dan juga minuman keras.
corianderketumbarPentadbiran PerniagaanTiadayang menghasilkan biji-biji yang digunakan sebagai rempah dan ubat-ubatan sebagai karminatif.
corianderketumbarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
coriander leavesdaun ketumbarPentadbiran PerniagaanTiadaDaun dari tumbuhan Coriandrum sativum yang dijadikan rempah dalam masakan dan berasa pedas.
coriander powderserbuk ketumbarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
rosseterosetHerbaBotani dan BioteknologiSusunan daun yang tersusun rapat secara berpusat atau berpusar pada batang yang pendek. Contohnya, daun tutup bumi (Elephantopus scaber), daun ketumbar jawa (Eryngium foetidum) dan daun ekor anjing (Plantago major).
spicesrempah ratusHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan sama ada dalam bentuk segar atau kering. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, buah, biji, bunga, rizom, kulit batang, batang dan akar. Tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa sedap dalam masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, serai, daun kesum, ketumbar, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, kayu manis dan jintan manis.
spicesRempah ratusPertanianTiadaMerujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan sama ada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis.

Kembali ke atas