Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum.pa.tan] | کتومڤتن

Definisi : 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.pa.tan] | کتومڤتن

Definisi : 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;,
Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETUMPATAN

Ketumpatan ialah jisim – iaitu jumlah jisim – dalam

unit isi padu bagi mana-mana bahan. Ketumpatan

bahan boleh didapati dengan membahagikan jisim dengan

isi padunya.

UMUM 
TITANIUM

Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia

adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak.

Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah

47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan

aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur

pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C.

Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut

atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih

baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan

alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium.

UMUM 
DENSITOMETERAlat yang boleh mengukur ketumpatan atau darjah kegelapan pada filem atau plet fotografi.FIZIKAlat/Alatan
LUMINUS

Dari segi ilmu fizik - Ketumpatan keamatan luminus dalam arah yang diberi.

FIZIKKonsep
OSMIUM

Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya

ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan

mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter

padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan

nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli

kimia British, menemui osmium pada tahun 1804.

UMUM 
PRASEODIMIUM

Praseodimium adalah satu daripada unsur

kimia nadir bumi. Simbol kimianya ialah Pr,

nombor atomnya ialah 59, dan berat atomnya ialah

140.908. Pada 25 ° C, ketumpatannya ialah 6.475 gram

per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ).

UMUM 
SAMARIUM

Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm.

Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor

atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36.

Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter

padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan

sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski.

Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis

menemui samarium pada tahun 1879. Samarium

paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi

melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi

pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida

dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 ,

berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat

dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada

1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium

dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik

dan mempunyai banyak kegunaan komersial.

Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia.

UMUM 
AMERISIUM

Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol

kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95.

Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui

dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor

jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya

isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor

jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh

dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium

mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter

padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada

1173°C.

UMUM 
KEAPUNGAN

Keapungan berlaku apabila suatu bahan terapung pada permukaan air atau bendalir sekiranya ketumpatan bahan tersebut jauh lebih kecil berbanding dengan ketumpatan air atau bendalir.

FIZIKKonsep
PLUTONIUM

Plutonium ialah bahan kimia yang mempunyai

simbol Pu. Ia merupakan logam radioaktif.

Hampir semua Plutonium merupakan bahan

buatan. Hanya sebahagian kecilnya sahaja yang

benar-benar asli. Nombor atom Plutonium ialah 94.

Ia akan mencair pada suhu 460 ° C dan mendidih

pada 3460 ° C. Pada suhu 20 ° C, plutonium

mempunyai kepadatan 19.86 gram padu per

sentimeter (lihat Ketumpatan )

UMUM 
12

Kembali ke atas