Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.u.ta.ma.an] | کأوتاماءن

Definisi : 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.u.ta.ma.an] | کأوتاماءن

Definisi : kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta penjelasan DBP berhubung ketepatan penggunaan di antara perkataan "ialah" dan "adalah". Contohnya: Penggunaan yang mana lebih tepat, Perniagaan anda ialah keutamaan kami. ATAU Perniagaan anda adalah keutamaan kami. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah  "Perniagaan anda ialah keutamaan kami." Untuk makluman, kata pemeri ialah hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Kata pemeri adalah pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti (untuk, pada, dalam, dll) dan kata adjektif sahaja.Tatabahasa27.09.2013
Apakah terjemahan untuk istilah ekonomi yang berikut? 1. Revealed-preference method 2. Stated-preference method Terima kasih.

1. revealed preference method - kaedah keutamaan ternyata

2. stated preference method - kaedah keutamaan keadaan

Istilah27.10.2011
Jika dua ayat yang sama pada akhir ayat, contoh: teknologi maklumat dan sains maklumat, perlukah ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada teknologi dan sains maklumat. Atau dua ayat yang sama pada awal ayat, contoh: kekangan fizikal dan kekangan keutamaan. Ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada kekangan fizikal dan keutamaan. Terima kasih.Salam sejahtera,

Kekalkan kepada teknologi maklumat dan sains maklumat kerana dua bidang yang berbeza.

Jadikan kepada kekangan fizikal dan keutamaan kerana menceritakan perkara yang sama (kekangan) pada dua perkara berbeza (fizikal dan keutamaan).

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa10.03.2019
Perbezaan Garis Panduan / Dasar / Polisi dan susunan keutamaan.

1.  Makna garis panduan: (i) panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan.

2.  Makna dasar: (i) pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras; (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi; (iii) yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok.

3.  Makna polisi (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; (ii) dokumen yg mengandungi kontrak insurans.

 

Daripada makna yang telah dihuraikan, maka sewajarnya susunan keutamaan ialah (i) DASAR; (ii) POLISI; dan (iii) GARIS PANDUAN.

Makna30.12.2016
Non-Cumulative perpetual preference shareSaham Keutamaan Kekal Tak KumulatifLain-lain13.08.2008
Cikgu Mohd Helmi Tuan, 3. Bidang penulisan terbuka tetapi keutamaan diberikan untuk karya bidang bahasa, sastera dan budaya; Mohon pencerahan kepada perkara 3 dalam perkara " Memohon Peruntukan Penulis Menerbitkan Karya Sendiri.Soalan ini ialah berkaitan dengan bidang penerbitan. Kami mencadangkan agar tuan menghubungi pegawai di Bahagian Buku Umum untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat. Sila hubungi nombor 03-21479428/03-21479433/03-21479432.Lain-lain30.11.2013
JAWATAN KOSONG PEMBUNGKUS (PACKER) (Sepenuh Masa / Separuh Masa) Kekosongan untuk cawangan di Jalan Kapar Keutamaan diberi kepada pekerja perempuan Tempat kerja yang berhawa dingin Kemasukan segera Sila hubungi nombor telefon di bawah untuk menetapkan tarikh temuduga : 03-78040333 / 014-9299385 (Rajiv) / 012-2262317 (Rozi)sila kemukakan soalan anda.Lain-lain23.05.2014
Salam dan terima kasih kerana membantu. Istilah "subordination of debt" merujuk kepada proses yang melaluinya sesuatu hutang ditempatkan pada taraf keutamaan yang lebih rendah dalam pemungutan hutang itu daripada aset peminjam, berbanding dengan hutang yang lain. Begitu juga istilah "subordinated debt" yang merujuk kepada hutang atau pinjaman yang ditarafkan di bawah pinjaman atau sekuriti yang lebih tinggi berhubung dengan tuntutan ke atas aset peminjam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "subordination of debt" dan "subordinated debt"? "Penarafan bawah hutang" dan "hutang bawahan" atau apa-apa istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih.Subordination of debt dikenali juga dengan istilah subordinated debt dan subordinated debenture dan dalam bahasa Melayu subordinated debenture diterjemahkan kepada debentur subordinat.Penyemakan dan penterjemahan26.10.2019
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
Apakah bezanya dari segi maksud 'karangan contoh' dengan 'contoh karangan'. Terima kasih.Kedua-dua frasa tersebut betul bergantung pada perkataan mana yang hendak diberi keutamaan (didahulukan). Sama seperti frasa "Rumah Contoh" dan "Contoh Rumah".Tatabahasa14.09.2012
1234

Kembali ke atas