Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.u.ta.ma.an] | کأوتاماءن

Definisi : 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.u.ta.ma.an] | کأوتاماءن

Definisi : kelebihan drpd yg lain; keistimewaan; keunggulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEUTAMAAN IMPERIAL

Keutamaan imperial ialah istilah syarat

perdagangan bermanfaat yang diwujudkan secara

rasminya antara United Kingdom (UK) dengan

anggota Empayar British di Ottawa, Kanada pada

tahun 1932.

UMUM 
PERBADANAN

Perbadanan ialah individu atau kumpulan yang

memperoleh satu piagam yang memberinya hak

dan keutamaan perundangan yang tertentu.

Sesebuah perbadanan boleh memiliki harta,

membeli dan menjual, mengeluarkan barangan,

dan mengambil tindakan undang-undang seolah-

olah ahlinya adalah seorang individu. Jenis

perbadanan yang paling dikenali ialah

perbadanan perniagaan. Jenis-jenis perbadanan

lain termasuk perbadanan perbandaran,

perbadanan milik kerajaan, dan perbadanan

separa awam.

UMUM 
RETURNED SERVICES LEAGUE OF AUSTRALIA

Returned Services League of Australia

yang lebih dikenali sebagai R.S.L. , ialah sebuah

persatuan yang memberi keutamaan terhadap

kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya, serta

bekas anggota perajurit lelaki dan wanita termasuk

tanggungan mereka. Persatuan ini mempunyai

lebih kurang 270 000 ahli. Pada mulanya ia

ditubuhkan sebagai satu pertubuhan kebangsaan

pada 6 Jun 1916.

UMUM 
PASAR GELAP

Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran

barangan atau mata wang yang mencabuli had

maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan

yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang

membeli atau menjual barangan catuan atau mata

wang terkawal melalui saluran yang menyalahi

undang-undang atau lebih daripada had

maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga

dalam pasaran gelap.

UMUM 
SAMARQANDIY, ABU AL-LAYTH AL-

Samarqandiy, Abu al-Layth al- ( ? –375 H./ ? –

985 M.) ialah ahli tafsir dan ahli hadith. Namanya

yang sebenar Nasr ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Samarqandiy. Dia bergelar Imam al-Huda kerana

keutamaan dan kebaikannya. Dia mengarang banyak

kitab yang antaranya ialah kitab tafsir yang

sederhana tebal dan bertulisan tangan. Kitab-kitab

tersebut mengandungi pelbagai pendapat dalam

ilmu tafsir yang telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Turki.

UMUM 

Kembali ke atas