Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wi.ba.wa.an] | کويباواءن

Definisi : 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadi­kannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wi.ba.wa.an] | کويباواءن

Definisi : 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wibawa
Kata Terbitan : kewibawaan, berwibawa,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
exertionn 1. act, fact of exerting, penggunaan: ~ of authority is not always wise, penggunaan kewibawaan tdk selalunya bijak; 2. physical effort, penggunaan tenaga, menggunakan tenaga: mountaineering requires too much ~ for me, kegiatan mendaki gunung memerlukan penggunaan tenaga yg terlalu banyak bagi saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
functionaladj 1. rel to a function, fungsi(an): he has ~ authority over his department, dia mempunyai kewibawaan fungsian atas jabatannya; the problem is a ~ one and should be solved in time, masalah itu masalah fungsian dan lama kelamaan dapat diselesaikan; 2. practical rather than decorative, fungsi; (attrib) fungsian: an apron is decorative as well as ~, apron sbg hiasan dan ada fungsinya; a ~ piece of furniture, sebuah perabot fungsian; ~ design, reka bentuk fungsian; 3. working, (of machine) berjalan, berfungsi: these machines are no longer ~, mesin-mesin ini tdk lagi berfungsi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wisdomn 1. knowledge gained through experience, quality of being wise, kebijaksanaan, kearifan: I respect his authority and ~, saya menghormati kewibawaan dan kebijaksanaannya; the ~ and experience of our elders, kebijaksanaan dan pengalaman orang-orang tua kita; 2. sensibility or advisibility (of an action, decision, etc) kewajaran: I question the ~ of sending the child away with strangers, saya mempersoalkan kewajaran membenarkan budak itu pergi dgn orang yg tdk dikenali; 3. generally accepted opinion, pandangan, pendapat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
authorityn 1. power, right to exact obedience, judge, etc, a. (leg.) kuasa: he had no ~ to act on the matter, dia tdk mempunyai kuasa utk bertindak dlm hal itu; a teacher has ~ over his pupils, guru mempunyai kuasa thdp murid-muridnya; b. (moral ) kewibawaan: he questioned the ~ of his father, dia mempersoalkan kewibawaan bapanya; c. (randomly exercised ) pengaruh: he exercised absolute ~ over the younger children, dia mempunyai pengaruh sepenuhnya thdp kanak-kanak yg lebih muda daripadanya; 2. (esp in pl) person, body having such power, pihak berkuasa: the university authorities, pihak berkuasa universiti; 3. delegated power, kuasa yg diberikan: he was acting on the manager’s ~, dia bertindak dgn kuasa yg diberikan oleh pengurus; 4. influence, power resulting from knowledge etc, kewibawaan: his ~ as a critic was undeniable, kewibawaannya sbg pengkritik tdk dapat dinafikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas