Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wi.ba.wa.an] | کويباواءن

Definisi : 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadi­kannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wi.ba.wa.an] | کويباواءن

Definisi : 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wibawa
Kata Terbitan : kewibawaan, berwibawa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative discretionbudi bicara pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Kewibawaan yang dimiliki oleh pihak pentadbiran untuk memutuskan sesuatu menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira beberapa aspek penting. Kewibawaan ini mencakupi hak dan kebebasan untuk membuat pertimbangan sewajarnya dalam sesuatu hal dan keadaan. Contohnya, dalam kes tidak hadir bekerja, Ketua Jabatan mempunyai hak untuk menentukan keputusan yang munasabah bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

authoritykewibawaanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat autoriti.
system integritykewibawaan sistemKomputerTiadaTiada
software integritykewibawaan perisianKomputerTiadaTiada
scientific integritykewibawaan saintifikPendidikanTiadaTiada
parental authoritykewibawaan ibu bapaPendidikanTiadaTiada
budget authorizationkewibawaan belanjawanPentadbiranTiadaTiada
parental authoritykewibawaan ibu bapaSosiologiTiadaTiada
authorityautoriti/kewibawaanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
distinctive competencekewibawaan tersendiriPentadbiranPengurusan-
1234

Kembali ke atas