Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n papan /mata, kekunci/; (mus) papan nada. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keyboard


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCARLATTI, DOMENICO

Scarlatti, Domenico (1685–1757), penggubah

Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk

alat keyboard awal yang dikenali sebagai

hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata

hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata,

konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi

permainan keyboard yang terkemudian.

Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi

teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini

termasuk penyilangan tangan dengan kerap,

arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan

ulangan not dengan cepat.

UMUM 
PIANO

Piano ialah alat muzik keyboard yang bunyinya

dihasilkan melalui tali yang dipukul oleh tukul kecil

yang berpad. Piano menghasilkan julat bunyi muzik

yang lebih besar berbanding dengan kebanyakan

alat lain. Dengan piano, pemuzik boleh memainkan

melodi dan harmoni pada masa yang sama. Pemain

piano juga boleh memainkan pelbagai jenis not

yang luar biasa secara kuat dan perlahan, dengan

kelajuan yang tinggi.

UMUM 
ALAT SINTESIS

Alat sintesis ialah alat muzik yang

menghasilkan bunyi secara elektronik.

Kebanyakan alat sintesis dimainkan dengan cara

menggunakan keyboard (papan jari).

UMUM 

Kembali ke atas