Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n papan /mata, kekunci/; (mus) papan nada. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keyboard


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
papan kekunci(keyboard)Peranti yang mempunyai set kekunci yang bertandakan lambang aksara tertentu yang disusun mengikut bentang tertentu dan digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer.Kamus Komputer
sifat papan kekunci(keyboard feature)Keistimewaan yang dimiliki oleh papan kekunci.Kamus Komputer
selidik papan kekunci(keyboard inquiry)1. Tindakan menyiasat kemajuan atur cara, kandungan ingatan atau maklumat lain melalui penggunaan papan kekunci. 2. Penyemakan taraf papan kekunci yang kerap dilakukan oleh pemproses utama untuk menyemak sama ada mana-mana kekunci telah ditekan.Kamus Komputer
kunci papan kekunci(keyboard lock)Ciri khas yang menghalang taipan pada papan kekunci daripada diterima oleh komputer.Kamus Komputer
papan kekunci selaput(membrane keyboard)Papan kekunci yang dibentuk daripada litar yang diperbuat daripada dakwat pengalir elektrik dan disalut oleh selaput plastik nipis. Papan kekunci ini banyak digunakan pada mesin kira dan komputer saku.Kamus Komputer
papan kekunci QWERTY(QWERTY keyboard)Papan kekunci dengan bentangan kekunci piawai yang meletakkan huruf Q, W, E, R, T, Y di baris kiri atas papan kekunci. Papan kekunci ini digunakan pada hampir semua papan kekunci mesin taip, pemproses kata elektrik, dan komputer.Kamus Komputer
papan kekunci pengelasan(classification keyboard)Papan kekunci yang telah diatur cara supaya dapat digunakan untuk mengelaskan sesuatu perkara.Kamus Komputer
papan kekunci hidup(live keyboard)Papan kekunci komputer yang membenarkan pengguna menaip data dan bersaling tindak dengan sistem semasa perjalanan sesuatu atur cara.Kamus Komputer
papan kekunci Dvorak(Dvorak keyboard)Papan kekunci dengan bentangan kekunci yang dipatenkan oleh August Dvorak pada 1936. Papan kekunci ini meningkatkan kepantasan dan keselesaan menaip serta mengurangkan kesilapan dengan meletakkan huruf yang lebih kerap digunakan di tempat yang sesuai untuk jari.Kamus Komputer
papan kekunci boleh cabut(detachable keyboard)Papan kekunci yang tidak terlekat pada terminal komputer tetapi wujud secara berasingan. Papan kekunci ini boleh dicabut daripada terminal komputer tanpa mengganggu perjalanan komputer.Kamus Komputer

Kembali ke atas