Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasihTidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain.

Terima kasih.
Makna20.10.2017
Dalam penulisan, bagaimanakah kita menjawab soalan, "Apa khabar?" - Adakah jawapan yang gramatis, "Saya khabar baik" atau, "Khabar saya baik"? - Cukupkah sekadar menjawab, "Khabar baik"? Misalnya dalam menjawab e-mel seorang rakan.Jika untuk penggunaan lazim seperti dalam e-mel, jawapan "Khabar baik" sudah memadai. Jika untuk tujuan peperiksaan mohon rujuk kepada guru bahasa Melayu.Tatabahasa19.02.2018
1. Hai, apa khabar? 2. Hai, apa khabar! Yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Hai, apa khabar?"Lain-lain30.09.2022
Apakah khabar ?Untuk maksud perkataan khabar sila layari khabar">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=khabar+.Makna07.04.2015
Buku dan surat khabar ada ruang untuk mengisi teks, justeru itu, kata sendi manakah yang sesuai. a) Di dalam buku b) Dalam buku a) Di dalam surat khabar b) Dalam surat khabarBerdasarkan konsep buang di dalam ruang yang jelas fizikalnya seperti gelas dan kelas, penggunaan yang gramatis ialah dalam buku namun frasa di dalam buku juga banyak digunakan.Tatabahasa19.12.2011
Pilihan yang manakah betul? a) bertanya khabar b) bertanyakan khabarMohon, pihak tuan kemukakan ayat untuk melihat konteks penggunaanya.Tatabahasa17.04.2015
Dalam penulisan, adakah ungkapan “apa khabar” perlu ditukar menjadi “apakah khabar”?Tidak perlu ditukar kerana "apa khabar?" juga merupakan cara sapaan atau teguran.Lain-lain11.10.2006
1. bandar raya ataupun bandaraya? 2. Apakah perbezaaan - dari semasa ke semasa - dari masa ke masa 3. Manakah yang benar dan mengapa? - Apakah benar khabar itu? - Adakah benar khabar itu? TERIMA KASIH.

1. Ejaan yang betul ialah bandar raya. 

2. Penggunaan dari semasa ke semasa dan dari masa ke masa sama sahaja.

3. Ungkapan yang betul ialah "Adakah benar khabar itu?" - bertanyakan tentang kebenaran khabar yang diterima.

Tatabahasa02.10.2009
Adakah huruf T pada 'tuan' perlu dalam huruf besar atau huruf kecil? Contoh: "Apa khabar tuan Ismail?" atau "Apa khabar Tuan Ismail?"

Jawapan yang betul ialah Apa khabar Tuan Ismail?.

Tatabahasa24.03.2010
yang manakah betul: 1) selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek 2) selalu bertanya khabar dengan datuk dan nenek 3) jika 1) dan 2) salah, minta pihak dbp beri ayat yang gramatis Terima kasih.Salam sejahtera,

Ayat yang betul ialah (1) Selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas