Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.bar] | خبر

Definisi : Ar 1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (-khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenang­kan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembar­an kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya mele­bih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu; mengkhabarkan memaklumkan, memberi­tahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, di­ceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.bar] | خبر

Definisi : laporan mengenai sesuatu kejadian dll; berita: Saya mendapat ~ bahawa dia dirawat di hospital. ~ angin khabar yg belum tentu sah atau tidak. ~ baik berita yg menggembirakan. ~ buruk berita yg mendukacitakan atau yg menyusahkan hati. khabarkan, = ~ diri sedar. khabarnya mengikut khabar; katanya: ~ dia telah pulang ke kampung. berkhabar bercerita; berkata-kata. mengkhabarkan menyampaikan khabar; menceritakan; memberitakan; memberitahukan: Siapa yg ~ berita itu kpd kamu? perkhabaran sesuatu yg dikhabarkan; pemberitahuan: Sudah lama dia tidak mendapat ~ dr kampung. pengkhabaran perihal atau perbuatan mengkhabarkan: ~ ttg peristiwa itu dibuat melalui radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khabar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan berita, laporan, warta, siaran, cerita, hebahan, maklumat, pengumuman, pemberitahuan, sebaran;,
Kata Terbitan : khabarnya, berkhabar, berkhabarkan, mengkhabarkan, terkhabar, perkhabaran,

Puisi
 

Apa khabar pasir Bintulu,
     Bolehkah kita berjalan lagi;
Apa khabar kasih dahulu,
     Bolehkah tidak diulang lagi?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Bermaksud :

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.
afternoon newspapersurat khabar petangKomunikasiTiadaSurat khabar yang diterbitkan untuk edaran pada waktu petang. Contohnya, surat khabar Malay Mail mula diedarkan menjelang waktu tengah hari. bd. surat khabar pagi.
newspaper vendorpenjaja surat khabarKomunikasiTiadaOrang yang menjual surat khabar dan bahan penerbitan lain secara kecil-kecilan. Beliau memperoleh bekalan surat khabar daripada wakil pengedar yang dikenali sebagai pengedar akhbar. Biasanya, tugas seperti ini selalu dikaitkan dengan penghantaran surat khabar dari rumah ke rumah.
national newspapersurat khabar nasionalKomunikasiTiadaSurat khabar yang diedarkan ke seluruh negara. Contohnya, surat khabar Utusan Malaysia.
morning newspapersurat khabar pagiKomunikasiTiadaSurat khabar yang diterbitkan untuk edaran pada waktu pagi. bd. surat khabar petang.
community newspapersurat khabar komunitiKomunikasiTiadaSurat khabar yang diterbitkan bagi penduduk di kawasan tertentu. Lazimnya, penerbitan surat khabar ini adalah untuk memenuhi keperluan pembaca tempatan dan berkhidmat bagi kebajikan masyarakat tempatan..
tight newspapersurat khabar sendatKomunikasiTiadaSurat khabar yang dipenuhi dengan iklan sehingga ruang untuk berita terpaksa dikurangkan. bd. surat khabar lapang.
tabloid newspapersurat khabar tabloidKomunikasiTiada1. Surat khabar yang berukuran 28.05 cm x 43.75 cm. 2. Surat khabar yang mempunyai banyak gambar dan berita sensasi. Contohnya, Bacaria. tabloid.
wide open newspapersurat khabar lapangKomunikasiTiadaSurat khabar yang dipenuhi dengan berita dan tidak mempunyai banyak iklan. bd. surat khabar sendat.
alternative newspapersurat khabar alternatifKomunikasiTiadaSurat khabar yang menentang pemikiran arus perdana dan pihak berkuasa khususnya bagi golongan pembaca kaum muda yang berasa terpinggir.
12345678

Kembali ke atas