Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.li] | خالي

Definisi : Ar diam (tidak berbuat apa-apa), ber­henti berbuat sesuatu, lalai (drpd berbuat sesuatu); tiada ~ tidak berhenti atau lalai drpd (berbuat sesuatu): Pak Pandir pun tiada ~ lagi drpd melihat lukahnya; tidak ~ berbuat ibadat sentiasa (selalu) berbuat ibadat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya seorang penulis baru dan ingin menerbitkan novel saya melalui DBP. Untuk tujuan itu saya telah menyertai bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan. Sebelum menyertai bengkel saya telah memberikan sebuah novel karangan saya namun setelah dinilai oleh panel penilai (panel kursus), Puan Rozninah Abd Azid, novel itu telah ditolak kerana tidak memenuhi aspek yang diperlukan oleh DBP serta susunan bahasa yang tidak betul. Kemudian setelah selesai bengkel, saya membuat novel yang lain pula yang bersesuaian dengan aspek yang diperlukan oleh DBP (seperti unsur budaya, kearifan setempat dan lain-lain). Mereka telah menilai semula dan mendapati karya itu telah memenuhi apa yang DBP perlukan. Setelah itu mereka (melalui Puan Azura Mohd Khali DBP Wilayah Selatan), telah menghantar karya saya ke DBP Pusat. Namun sehingga sekarang setelah lebih enam bulan novel saya itu tidak mendapat apa-apa response dari DBP pusat. Soalan saya, apakah status novel saya itu? Siapakah yang perlu saya hubungi? Untuk pengetahuan, novel saya itu berjudul Mutiara Hitam. Saya harap persoalan saya mendapat jawapannya daripada pihak DBP pusat di Kuala Lumpur. Sekian Terima Kasih, Kerjasama daripada pihak anda sangat-sangat saya harapkan Abd Aziz Hamid Mutiara Hitam. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Manuskrip Mutiara hitam 

Dimaklumkan bahawa, manuskrip Mutiara hitam sudah selesai penilaian oleh DBP Wilayah Selatan dan diterima untuk dihantar ke DBP Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, sebelum dihantar ke DBP Kuala Lumpur, penulis perlu membuat beberapa menambahbaik pada manuskrip tersebut, iaitu penambaikan pada dialog, dan penambahan maklumat tentang seni ukiran bagi memantapkan lagi manuskrip tersebut. 

Untuk makluman penulis juga, mohon  untuk penghantaran manuskrip akan datang disertakan dengan maklumat peribadi lengkap agar mudah dihubungi oleh pihak editor. Manuskrip yang dihantar hanya menyertakan nama penulis tanpa alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Walau bagaimanapun, Editor DBP Wilayah Selatan, Puan Norzuzilwati binti Sulaiman, telah mendapatkan maklumat penulis melalui fail lama dan berjaya menghubungi isteri penulis untuk memaklumkan kepada penulis tentang penambahbaikan manuskrip berdasarkan cadangan yang diberikan oleh penilai.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020

Kembali ke atas