Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khal.wat] | خلوة

Definisi : Ar 1. perihal (perbuatan) mengasing­kan atau memencilkan diri (kerana mene­nangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau ter­sembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden; berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khal.wat] | خلوة

Definisi : 1 perbuatan menjauhkan diri dr orang banyak kerana hendak beramal (menenangkan fikiran dll). 2 perbuatan berada di tempat yg sunyi (bagi pasangan lelaki dan perempuan yg tidak bernikah) dan melakukan perkara sumbang: Kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden. berkhalwat 1 menjauhkan diri dr orang banyak di tempat yg sunyi kerana beramal dll. 2 berada di tempat sunyi (bagi pasangan lelaki dan perempuan yg tidak bernikah) dan melakukan perkara sumbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khalwat (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suluk, mengasingkan diri, memencilkan diri;,
Kata Terbitan : berkhalwat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengajukan satu persoalan. Kenapa entri khalwat disempitkan penggunaannya kepada makna negatif (berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat terpencil sahaja) sedangkan entri ini juga membawa maksud positif. Adakah makna entri khalwat disempitkan kerana entri bertafakur telah digunakan untuk menggambarkan perbuatan mengasingkan diri untuk beribadat?Bagi kata pinjaman, penyempitan dan peluasan makna adalah bergantung kepada penggunaan dan pemahaman masyarakat tersebut pada sesuatu masa. Takrifan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana bagi kata pinjaman ini (khalwat) menyatakan makna yang positif dan sebaliknya.

Mohon semak takrifan terkini dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1103) untuk mengetahui maknanya secara jelas dalam bahasa Melayu. 
Makna31.03.2023
Apakah istilah yang digunakan untuk perkataan seperti "khalwat" yang asalnya mempunyai satu makna (iaitu "menyendiri") tetapi kini sudah berubah maknanya? Adakah contoh perkataan-perkataan lain dalam kategori ini selain daripada "khalwat".Peluasan makna bagi sesuatu perkataan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana bahasa itu sentiasa berkembang dan kamus akan merakam peluasan makna yg ada bagi perkataan tertentu apabila ada terbitan terbaru. Contoh-contoh lain boleh dilihat melalui perbandingan kamus yang terbaru dan sebelumnya.Makna11.08.2007
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih.Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita.Tatabahasa07.04.2013

Kembali ke atas