Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khal.wat] | خلوة

Definisi : Ar 1. perihal (perbuatan) mengasing­kan atau memencilkan diri (kerana mene­nangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau ter­sembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden; berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khal.wat] | خلوة

Definisi : 1 perbuatan menjauhkan diri dr orang banyak kerana hendak beramal (menenangkan fikiran dll). 2 perbuatan berada di tempat yg sunyi (bagi pasangan lelaki dan perempuan yg tidak bernikah) dan melakukan perkara sumbang: Kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden. berkhalwat 1 menjauhkan diri dr orang banyak di tempat yg sunyi kerana beramal dll. 2 berada di tempat sunyi (bagi pasangan lelaki dan perempuan yg tidak bernikah) dan melakukan perkara sumbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khalwat (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suluk, mengasingkan diri, memencilkan diri;,
Kata Terbitan : berkhalwat,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Khalwat: badan penulis Melaka diseru baiki penggunaannyaTiadaBerita Harian16.10.1979
Khalwat IMattaib NordinMingguan Ekspres19.02.1989
Khalwat tidak kira tua dan mudaHantu RayaUtusan Melayu27.02.1984
Khalwat tak boleh tolak ansurTiadaWatan02.11.1979
Khalwat di Iran: wanita ditembak, lelaki disebat saja?Hantu RayaUtusan Melayu17.09.1979
Khalwat Di Malam Lailatul QadarMana SikanaBerita Harian27.02.1964
KhalwatZulkifli PutehMingguan Kota18.11.1988
Khalwat Di Mahligai IndahRahman ShaariBacaria01.07.1987
"Pegawai Khalwat" di Dewan BahasaTiadaUtusan Melayu13.04.1984
'Pegawai Khalwat' di MaticTiadaUtusan Malaysia03.01.1994
12

Kembali ke atas