Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khas] | خاص

Definisi : Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg ber­tanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengisti­mewakan, menguntukkan (bagi orang, kegu­naan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntut-penuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, ke­unggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khas] | خاص

Definisi : tertentu utk seseorang atau utk sesuatu kegunaan; khusus: Rumah-rumah itu didirikan ~ utk pegawai pejabat tsb. mengekhaskan menguntukkan bagi seseorang atau bagi sesuatu kegunaan; mengkhususkan: Asrama itu dikhaskan utk penuntut-penuntut yg datang dr luar bandar. terkhas dikhaskan; dikhususkan: Perpustakaan itu boleh digunakan oleh sesiapa juga dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khusus, istimewa, tertentu;,
Kata Terbitan : mengekhaskan, terkhas, kekhasan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
menyerama[m«.ø«.ÒA.mA]kata kerjamerebut, mengambil peluang, menyondol, bermuka-muka.Majelih tu bagi orang-orang tetentu saja, tapi dia menyerama masok nak besalam dengan menteri.[mA.dZ«.lih tu bA.gi .ÒAN..ÒAN t«.t«n.tu sA.dZA tA.pi di.jA m«.ø«.ÒA.mA mA.so/ nA/ b«.sA.lAm d«.NAn m«n.t«.Òi]Majlis itu hanya khas untuk orang-orang tertentu saja, tetapi dia mengambil peluang masuk untuk bersalam dengan menteri.

Kembali ke atas