Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.siat] | خاصيت

Definisi : faedah atau kebaikan yg khas (dlm ubat, makanan, dll), keistimewaan, manfaat: makanan spt daging, telur, mentega mendatangkan banyak ~ kpd tubuh badan; ilmu ~ ubat pengetahuan tentang bahan-bahan ubat dan khasiatnya; berkhasiat mengandungi (memberikan) khasiat: setengah-setengah jenis makanan lebih ~ drpd yg lain; mengkhasiati ark menyelidik (menentu­kan) khasiat sesuatu benda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.siat] | خاصيت

Definisi : faedah atau kebaikan tertentu (bkn zat yg terdapat dlm makanan, ubat dll); manfaat: Makanan spt daging, telur dan mentega mendatangkan ~ kpd tubuh badan. berkhasiat ada khasiatnya: Setengah-setengah makanan lebih ~ drpd yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khasiat (kata nama)
Bersinonim dengan zat, faedah, guna, kebaikan, keistimewaan, manfaat;,
Kata Terbitan : berkhasiat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menurut kamus tatabahasa, 'banyak' perlu dibubuh di depan kata kerja. oleh itu, 1) Susu banyak mengandungi khasiat. dan 2) Susu mengandungi khasiat yang banyak. adalah ayat yang betul? Menurut hukum D-M pula, 1) Susu mengandungi banyak khasiat. Jadi, ayat manakah yang betul? Atau semua ayat tersebut boleh diterima? Terima kasih.Banyak perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama. Ayat - Susu banyak mengandungi khasiat - betul, iaitu banyak + Frasa Nama. Ayat 2 -  Susu mengandungi khasiat yang banyak, juga betul (bentuk pasif). Ayat 3 - Susu mengandungi banyak khasiat, tidak betul mengandungi merupakan Kata Kerja Transitif, oleh itu perlu diikuti dengan Kata Nama/Frasa Nama sedangkan banyak merupakan Kata Adjektif.Tatabahasa11.07.2008
1) Susu mengandungi banyak khasiat. ATAU 2) Susu banyak mengandungi khasiat. Terima kasih.Mengikut struktur ayat dan Hukum D-M, menunjukkan ayat pertama betul, iaitu Susu mengandungi banyak khasiat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 16 dan Bab 17.Tatabahasa10.07.2008
saya mahu bertanya, dari segi susunan ayat yang manakah yang betul? 1) Lebih banyak khasiat daripada yang anda dapat bayangkan atau 2) Lebih banyak khasiat daripada yang dapat anda bayangkan tolong jelaskan... terima kasih

Yang betul ialah lebih banyak khasiat daripada yang anda dapat bayangkan.

Tatabahasa13.01.2010
Adakah ayat ini betul? Buah manggis ada banyak bahan khasiat.Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah "Buah manggis ada banyak khasiat".Tatabahasa10.11.2014
Saya ingin mendapat penjelasan terhadap bunyi perkataan yand mengandungi hurub 'KHA', adakah ia berbunyi 'KA' atau 'HA'? Contoh, 'KHASIAT', betulkah bunyinya 'KASIAT" atau 'HASIAT'?kata khasiat disebut hasiat (tetapi ditebalkan sedikit sebutan suku kata ha tersebut),begitu juga dengan sebutan suku kata "kha" yang lain.Lain-lain17.04.2008
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak.
2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat
3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah.
Tatabahasa11.01.2012
Salam sejahtera, Adakah ayat berikut betul ? 1. Saya suka makan kismis kerana kismis banyak khasiat. Sekian, terima kasih.
Ayat tersebut betul.
Tatabahasa29.08.2016
Ingin saya tanya kepada pihak tuan... apakah ayat songsang bagi ayat-ayat berikut? a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari. c Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat Terima kasih.a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam.
Ayat songsang: Ingin makan aiskrim tetapi demam, Ali.
b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari.
Ayat songsang: Melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari, kakak.
c. Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar.
Ayat songsang: Mendengar radio sambil membaca surat khabar, ayah.
d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat.
Ayat songsang: Bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat, buah pisang.
Tatabahasa22.07.2016
(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.(Tolong cari satu kesalahan ejaan dan satu imbuhan bagi setiap ayat.)

Soalan:
1)Perpustakaan eletronik merupakan perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidkan jarak jauh.

Jawapan:
1)Perpustakaan elektronik merupakan perpustakaan alternatif yang menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.

Soalan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan selogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara ini.
Jawapan:
2)"Amalan Gaya Hidup Sihat" merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini.

Soalan:
3)Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan popolasi spisis laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.
Jawapan:
3)Ketaksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spesies laut itu kian berada dalam keadaan yang genting.


Soalan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahamkan kandungan al-Quran.
Jawapan:
4)Balagah dalam bahasa Arab ialah bidang ilmu yang lahir untuk tujuan memahami kandungan al-Quran.

Tatabahasa17.03.2013
Salam sejahtera. Sya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1. Adakah "antaranya" bermaksud "contohnya"? Sekiranya bukan, apakah maksud sebenar "antaranya"? 2. Adakah penggunaan "antaranya" berikut betul? Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya ialah kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. 3. Adakah bunyi sebutan perkataan "khasiat", "khidmat", "khas", "khalayak" bermula dengan bunyi "k" atau bunyi "h"? 4. bunyi sebutan huruf "g" dalm perkataan "teknologi", "generasi", "tragedi" bermula dengan bunyi "g" atau "j"? Terima kasih.1. Antaranya dalam Kamus Dewan Perdana merupakan kata hubung yang membawa maksud salah satu daripada. Ayat yang betul ialah Terdapat beberapa cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat antaranya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

2. Untuk menyemak aspek fonologi (bunyi) bagi perkataan, saudara boleh merujuk halaman prakata dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau prpm.dbp.gov.my, contohnya perkataan khalayak dan teknologi disebut berdasarkan bunyi yang berikut: [kha.la.ya/] dan [ték.no.lo.gi].
Tatabahasa08.12.2023
12

Kembali ke atas