Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.siat] | خاصيت

Definisi : faedah atau kebaikan yg khas (dlm ubat, makanan, dll), keistimewaan, manfaat: makanan spt daging, telur, mentega mendatangkan banyak ~ kpd tubuh badan; ilmu ~ ubat pengetahuan tentang bahan-bahan ubat dan khasiatnya; berkhasiat mengandungi (memberikan) khasiat: setengah-setengah jenis makanan lebih ~ drpd yg lain; mengkhasiati ark menyelidik (menentu­kan) khasiat sesuatu benda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.siat] | خاصيت

Definisi : faedah atau kebaikan tertentu (bkn zat yg terdapat dlm makanan, ubat dll); manfaat: Makanan spt daging, telur dan mentega mendatangkan ~ kpd tubuh badan. berkhasiat ada khasiatnya: Setengah-setengah makanan lebih ~ drpd yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khasiat (kata nama)
Bersinonim dengan zat, faedah, guna, kebaikan, keistimewaan, manfaat;,
Kata Terbitan : berkhasiat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dietetic valuekhasiat makananPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
well-nourishedcukup khasiatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
poor nourishmentkurang khasiatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
nutrientnutrienBiologiFisiologi1. Bahan makanan yang mengandungi khasiat. 2. Komponen berkhasiat yang terdapat di dalam setengah-setengah makanan, seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.
sterolsterolHerbaFitokimiaSebatian steroid yang mengandungi kefungsian alkohol pada C-3. Sebatian sterol yang terdapat dalam tumbuhan secara amnya dikenali sebagai fitosterol dan dipercayai mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi. Contohnya, stigmasterol, sitosterol dan kampesterol yang banyak terdapat dalam tumbuhan.
edible herbherba boleh makanHerbaPemiawaianUlam atau sayur-sayuran tradisional yang digunakan dalam resepi masakan sama ada dimakan mentah atau dicelur. Herba boleh makan biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, cekur (Kaempferia galanga) untuk membuang angin dalam badan dan daun pegaga (Centella asiatica) untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan.
citronlimau sitronHerbaFitoterapiLimau yang tergolong dalam spesies Citrus medica. Spesies ini mengandungi beberapa varieti yang agak berbeza seperti limau kapas, limau susu, limau jari buddha dan limau mata kerbau. Limau sitron mempunyai khasiat perubatan untuk sakit kepala, sakit berkaitan gangguan fikiran dan menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kosmetik.
fresh vegetablesayur segarHerbaBotani dan BioteknologiBahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan.
ayurvedicayurvedikHerbaPemiawaianSalah satu kaedah perubatan alternatif yang tertua di dunia dan berasal dari India. Tiga buah buku rujukan utama dalam perubatan ayurvedik ialah Charaka Samhita, Shushruta Samhita dan Astanga Hridaya. Dalam buku tersebut terkandung khasiat perubatan daripada herba, contohnya hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang digunakan untuk merawat demam panas.
Ayurveda traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional AyurvedaHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan berasaskan langkah perlindungan nyawa menerusi kehidupan secara sihat dan penggunaan langkah-langkah terapeutik yang berkaitan dengan aspek fizikal, mental, sosial dan spiritual. Sistem ini berasal dari benua kecil India. Sistem perubatan Ayurveda juga menggunakan tumbuhan, haiwan dan mineral yang mempunyai khasiat perubatan. Maklumat Ayurveda telah digunakan sebagai asas kajian ke atas pencarian bahan ubatan baru. Contoh ubat-ubatan Ayurveda ialah herba hempedu bumi (Andrographis paniculata) yang dipercayai berkhasiat sebagai melindungi hati daripada penyakit.
12

Kembali ke atas