Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khat] | خط

Definisi : Ar tulisan tangan yg cantik, yg dihasilkan dgn menggunakan berus atau pen khas, kaligrafi: seni ~; mengekhatkan menuliskan sesuatu (tulisan Jawi, ayat al-Quran) dgn tangan: serangkap ayat al-Quran yg dikhatkannya di atas kertas sutera bernilai RM10 ribu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khat] | خط

Definisi : tulisan tangan yg cantik (bkn tulisan Jawi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya perlukan nasihat berkaitan dgn kalimah dlm tulisan khat yg sy sertakan. Bukankah bunyi akan menjadi, LA ILA HALLA ILLAHA? Mohon pencerahan. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang bentuk-bentuk khat dan kesahihan ejaan khat dalam pangkalan data kami. Kami hanya dapat membantu tuan dalam mengeja perkataan menggunaan tulisan Jawi.Lain-lain25.09.2015
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Pihak kami menerima komen daripada pengguna laman sesawang facebook berkaitan ejaan tulisan khat yang mana tulisan khat tersebut kami gunakan sebagai logo rasmi masjid. Kesalahan tersebut adalah ketiadaan huruf alif pada tulisan “Sultan” “صلطان” pada logo tersebut. Oleh yang demikian, saya mewakili pihak jawatankuasa masjid ingin memohon nasihat daripada pihak tuan berkaitan hal ini. Bolehkah kiranya kami mengekalkan logo lama atas faktor logo ini telah dicetak dan sekiranya MESTI ditukar ianya akan melibatkan kos yang besar dan adakah ianya menjadi satu kesalahan sekiranya kami terus menggunakan logo ini. Bersama-sama ini saya lampirkan logo masjid kami untuk rujukan dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih.Setelah pihak kami berbincang, tiada kesalahan pada logo tersebut. Pihak tuan boleh mengekalkan logo ini kerana ejaan yang digunakan mengikut ejaan bahasa Melayu dalam  jawi dan rumi.Ejaan11.02.2019
Minta terangkan maksud kaligrafi niski dan tulisan Arab bentuk kufi. Kalau boleh berikan contoh tulisan tersebut atau laman web yang ada. Terima kasih.

'Khat Nasakh' bukan 'Kaligrafi Niski' adalah salah satu jenis/bentuk tulisan khat Arab. Salah satu contoh khat ini saudara boleh dapati di dalam al-Quran mashaf Uthmani yang banyak di Malaysia sekarang ini atau layari laman web yang berikut: arabiccalligraphy.wordpress.com/category/khat-nasakh/

Khat Kufi juga merupakan salah satu jenis/bentuk tulisan khat Arab. Sila layari laman web berikut untuk maklumat lebih jelas: theone01.tripod.com/Calligraphy/kufi.htm

Lain-lain19.10.2009
Salam tuan, saya Syed Putra daripada muzium Kesenian Islam Malaysia. Kami akan mengadakan pertandingan khat dalam bulan ini. Jadi kami ingin mendapatkan penjawian yang betul bagi ayat berikut: Gajah mati meninggalkan tulang, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Saya boleh dihubungi melalui syedputraiqmal@gmail.com atau syedputra@iamm.org.my. Terima kasih.Sila lihat lampiran.

Ejaan06.11.2017
Apakah sumber yang boleh dirujuk untuk memeriksa fonetik atau bunyi sebutan gugusan konsonan terutamanya perkataan khusus, khas, khalifah, khaligrafi,khat, ghaib dan lain-lain. terima kasiahSumber yang boleh dirujuk ialah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain24.09.2020
minta semakan tulisan jawi pada logo yang dilampirkan..Tulisan jawi yang terdapat pada logo berkenaan kelihatan berbentuk seni khat. Ejaan jawi yang betul bagi perkataan Berkat ialah بركة.

Walau bagaimanapun, ejaan بركة dalam logo tuan/puan tidak jelas huruf ة.

Perkataan Hadramawt ialah perkataan bahasa Arab, bukannya dalam tulisan jawi.
Lain-lain29.05.2017
Selamat sejahtera. :) 1. Adakah separuh sama dengan setengah? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah.Lain-lain31.05.2017
keluarkan kesalahan-kesalahan bahasa melayu di dalam iklan.Ciri bahasa Melayu dalam iklan ialah penggunaan Bahasa Melayu yang betul dari aspek tatabahasa dan ejaannya, tulisan bahasa Melayu yg menurut tulisan rumi atau khat jawi yg diperakukan, istilah atau ungkapan yg tepat bagi jenis aktiviti, bahasa melayu yg indah, canggih dan kretif, dan bahasa melayu diutamakan dari segi pemameran (sekiranya dipamerkan bersama-sama dengan apa-apa bahasa lain). Semua iklan yg tidak mematuhi syarat-syarat ini dikategorikan sebagai menyalahi garis panduan iklan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP.Lain-lain14.11.2006
Berdasarkan penerangan daripada Tuan tiga hari yg lalu, tetapi saya masih tidak faham. Maaf ya... 1. Adakah separuh sama dengan setengah? Apakah jwp yg paling tepat utk soalan 2 dan soalan 4 ? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasih

1.    Perkataan separuh dan setengah membawa maksud yang sama. Namun begitu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk dirujuk kepada manusia.

2.    Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:

i.     Sebilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat.

ii.    Hampir setengah daripada bilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat.

3.   Bahkan, malah dan malahan membawa maksud yang sama.

4. Beliau bukan sahaja pemurah malah/malahan/bahkan prihatin terhadap rakyat miskin.

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa07.06.2017
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih.Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. Tatabahasa04.05.2020
12

Kembali ke atas