Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khat] | خط

Definisi : Ar tulisan tangan yg cantik, yg dihasilkan dgn menggunakan berus atau pen khas, kaligrafi: seni ~; mengekhatkan menuliskan sesuatu (tulisan Jawi, ayat al-Quran) dgn tangan: serangkap ayat al-Quran yg dikhatkannya di atas kertas sutera bernilai RM10 ribu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khat] | خط

Definisi : tulisan tangan yg cantik (bkn tulisan Jawi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calligrapherahli kaligrafiKesusasteraanTiadaSeseorang yang mahir dan mendalam dalam bidang tulisan tangan yang tinggi mutu seninya. Contoh: seni khat Arab, seni khat Jawi, seni khat Jawa dll.
khat indexindeks khatGeografiTiadaTiada
khat(Baj., Sam.)khat(Baj., Sam.)KesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk huruf Arab, ayat al-Quran, tulisan jawi dan sebagainya.
calligraphykaligrafiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSeni tulisan tangan yang indah, antaranya terdapat dalam tamadun Islam, Roman, Cina, Jepun dan Korea. Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu haiwan. Kaligrafi Islam dikenali dengan seni khat. Pada zaman tradisi, penulisan kaligrafi Islam menggunakan pena yang mempunyai mata yang lebar dan serong (sama ada kayu atau buluh) dan menggunakan dakwat yang diperbuat daripada kulit buah delima, buah manjakani dan beras. Seni khat Islam terbahagi kepada khat Thuluth, Kufi, Diwani, Nasakh dan al-Riqaah berdasarkan kepada bentuk tulisan. Di Alam Melayu, kaligrafi tradisi dapat dilihat pada surat-surat sultan, kitab-kitab agama dan hikayat Melayu. Batu Bersurat Terengganu (1303 M) dan Batu Bersurat Syeikh Ahmad Majnun (1464 M hingga 1467 M) menggunakan khat Kufi. Sinonim seni khat.
calligraphyseni khat/kaligrafiKesusasteraanTiadaSeni tulisan tangan yang indah.
calligraphyseni khatArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat kaligrafi.
manuscript writingtulisan khatPendidikanTiadaTiada
calligraphic initialhuruf awal khatPerpustakaanTiadaHuruf awal pada manuskrip beriluminasi yang dihasilkan oleh jurutulis atau penyalin dengan menggunakan dakwat.
calligraphic designreka bentuk seni khatKesenianTiadaTiada
calligraphykaligrafiKesusasteraanTiadaSeni tulisan tangan yang indah atau seni khat.
12

Kembali ke atas