Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.tul.is.ti.wa] | خط الاستواء

Definisi : garisan rekaan di keliling dunia atau dilukis atas peta yg terletak pd garis lintang 0 darjah (iaitu sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan); daerah ~ daerah hawa panas (berhampiran dgn garisan khatulistiwa); ~ cakerawala bu­latan rekaan yg dibentuk oleh rataan khatul­istiwa dunia dgn sfera cakerawala; ~ magnet garisan khayalan di keliling bumi yg menan­dakan tempat-tempat jarum magnet tidak tunduk ke bawah; ~ panas (suhu) garisan yg menandakan tempat-tempat yg paling panas di muka bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.tul.is.ti.wa] | خط الاستواء

Definisi : , = garisan ~ garis rekaan di keliling dunia, yg terletak pd garisan lintang sifar darjah; garis yg dilukis pd peta utk menandai tempat-tempat yg sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan. kawasan ~ kawasan yg terletak dlm lingkungan 00 – 100 utara atau selatan garisan khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khatulistiwa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Berkenaan dengan perkataan "Khatulistiwa", jika digunakan bersama dengan "garisan", maka "K"nya huruf besar kerana "garisan Khatulistiwa" merupakan kata nama khas. Soalan saya, jika digunakan dengan "negara", adakah "K" tersebut perlu dihurufbesarkan, iaitu ditulis seperti "negara Khatulistiwa" ataupun "negara khatulistiwa"? Adakah "negara khatulistiwa" ini kata nama khas atau kata nama am?

Perkataan “Khatulistiwa” merupakan kata nama khas. Sehubungan dengan itu, huruf pertama bagi perkataan tersebut hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar, iaitu “Khatulistiwa”.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1105.

Ejaan27.04.2023
garisan khatulistiwa, garisan sartan, dan garisan jadi merupakan kata nama khas atau am? perlu huruf kecil atau besar?Garisan Khatulistiwa, Garisan Sartan dan Garisan Jadi merupakan kata nama khas yang merujuk nama garisan pada Bumi. Oleh yang demikian, perlu dieja dalam huruf besar pada huruf pertama.Ejaan27.06.2018
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)?Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara:

a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan
b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama).
Tatabahasa03.09.2014
apakah maksud konsep tropika?Tropika bermaksud kawasan(negeri) yang letaknya berhampiran dengan garisan khatulistiwa (antara garisan Jadi dengan garisan Sartan).Makna17.01.2010
Saya ingin mendapatkan pandangan pihak DBP untuk iklan yang dilampirkan ini. Adakah isnya kurang tepat?Penggunaan perkataan latitud mungkin agak mengelirukan, apalagi jika ditulis latitud 22. Latitud ialah garis pada peta yang selari dengan khatulistiwa. Seharusnya dalam penulisan iklan, lebih baik digunakan perkataan yang lebih mudah difahami dan jelas maknanya.Lain-lain11.10.2007
Apakah perbezaan antara pergantian dan penggantian?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pergantian bermaksud pertukaran, peralihan, perubahan (kepada sesuatu yang lain). Contoh ayat ialah Di kawasan Khatulistiwa, pergantian malam dan siang ialah suatu kejadian alam yang berlaku pada setiap hari. Penggantian pula bermaksud perihal atau perbuatan mengganti(kan). Contoh ayat ialah Proses penggantian tayar kereta yang sudah rosak menjadi rumit jika kekurangan peralatan.

Lain-lain27.09.2021
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011

Kembali ke atas