Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.tul.is.ti.wa] | خط الاستواء

Definisi : garisan rekaan di keliling dunia atau dilukis atas peta yg terletak pd garis lintang 0 darjah (iaitu sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan); daerah ~ daerah hawa panas (berhampiran dgn garisan khatulistiwa); ~ cakerawala bu­latan rekaan yg dibentuk oleh rataan khatul­istiwa dunia dgn sfera cakerawala; ~ magnet garisan khayalan di keliling bumi yg menan­dakan tempat-tempat jarum magnet tidak tunduk ke bawah; ~ panas (suhu) garisan yg menandakan tempat-tempat yg paling panas di muka bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.tul.is.ti.wa] | خط الاستواء

Definisi : , = garisan ~ garis rekaan di keliling dunia, yg terletak pd garisan lintang sifar darjah; garis yg dilukis pd peta utk menandai tempat-tempat yg sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan. kawasan ~ kawasan yg terletak dlm lingkungan 00 – 100 utara atau selatan garisan khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khatulistiwa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equatorial currentarus khatulistiwaGeografiTiadaArus permukaan di lautan-lautan kawasan khatulistiwa. Terdapat tiga jenis arus khatulistiwa iaitu arus khatulistiwa utara yang mengalir ke barat pada hemisfera utara, arus khatulistiwa selatan dan arus songsang khatulistiwa.
equatorial vortexvorteks khatulistiwaSainsHidrometeorologiEdaran bersiklon tertutup di dalam palung khatulistiwa; ia berkembang daripada gelombang khatulistiwa. Ada beberapa vorteks khatulistiwa yang mengamat menjadi siklon tropika.
equatorial counter currentarus songsang khatulistiwaGeografiTiadaSejenis arus khatulistiwa yang mengalir ke timur terletak di antara arus khatulistiwa utara dan arus khatulistiwa selatan.
equatorial troughpalung khatulistiwaSainsHidrometeorologiPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
geomagnetic equatorkhatulistiwa geomagnetMeteorologiMeteorologi PerhubunganLingkaran besar pada permukaan bumi, yang setiap titik pada lingkaran tersebut sama jaraknya dari kutub geomagnet. Khatulistiwa geomagnet merupakan khatulistiwa dalam sistem koordinat geomagnet.
equatorial troughpalung khatulistiwaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
hyetal equatorkhatulistiwa hietalSainsHidrometeorologiGaris (atau zon peralihan) yang mengelilingi bumi dan terletak di antara dua jalur yang mencirikan taburan masa tahunan hujan di latitud rendah setiap hemisfera; ia dianggap sejenis khatulistiwa meteorologi. Ia terletak sedikit ke utara khatulistiwa geografi dan menganjur paling utara pada kira-kira latitud 10oU berhampiran muara Sungai Orinoco di Amerika Selatan. Khatulistiwa hietal terletak lebih kurang di tengah-tengah jalur hutan tropika yang mempunyai dua musim hujan dan umumnya satu musim kering utama yang berlaku dalam musim sejuk hemisfera yang bersepadanan.
parametric latitudelatitud parametriMatematikTiadaSudut pada pusat sfera yang tangen dengan sferoid di sepanjang khatulistiwa geodesi, di antara satah khatulistiwa dengan jejari bagi titik persilangan garis lurus yang serenjang dengan satah khatulistiwa pada sfera tersebut. Reduced latitude.
equatorialkhatulistiwaKimiaTiadaTerletak atau berlaku pada satah khatulistiwa.
equatorial typejenis khatulistiwaGeografiTiadaPerihal jenis iklim khatulistiwa.
12345678910...

Kembali ke atas