Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.ya.lan] | خيالن

Definisi : 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.ya.lan] | خيالن

Definisi : 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kha.ya.lan] | خيالن

Definisi : apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khayal (kata nama)
1. Bersinonim dengan angan-angan: bayangan, gambaran, maya, rekaan, fantasi,

2. Bersinonim dengan lelan: syok sendiri, lupa diri,

Kata Terbitan : berkhayal, terkhayal, khayalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contohnyaDrama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima.Makna18.01.2011
huraikan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contoh-contohnya...Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Makna18.01.2011
syirik, tahyul,khurafatMenurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul.Makna02.10.2007
Bolehkah "mimpi" didefinasikan sebagai cita-cita ataupun sesuatu yang ingin dicapai dalam hidup masa depan ?Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mimpi ditakrifkan sebagai 1. sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan.Makna26.10.2010
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013
Terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar tentang penggunaan perkataan fata morgana. Jika saya membetulkan konteks ayat kepada ayat demikian. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca. Dengan ini, matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana

Untuk makluman sdri  Hui, ejaan fatamorgana dirapatkan bukan dijarakkan menjadi dua perkataan.  Fatamorgana bermaksud sesuatu yang bersifat khayalan

Sdri Hui telah membina dua ayat tunggal. Walau bagaimanapun, dalam tatabahasa bahasa Melayu, pembentukan ayat sdri  boleh digabungkan dengan memasukkan kata hubung " supaya" menjadi ayat  majmuk keterangan(rujuk Buku Tatabahasa Dewan hlm 514-515) ayat sdri  boleh ditulis seperti yang berikut:

 (1) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fatamorgana semata-mata.

atau

 (2) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi khalayan semata-mata.

Untuk makluman sdri Hui,  penambahan kata supaya merupakan kata  keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan  yang dihajati atau diharapkan.

Tatabahasa25.02.2009
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasiSdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan  tidak selalu suka berkhayal sahaja.Makna24.02.2009
Salam. Adakah ayat ini betul? " Dia menskrol telefon bimbitnya." dan apakah beza tahyul dan fantasi? terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "menskrol" dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat  perkataan menatal (bidang Komputer) yang bermaksud menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "tahayul' dan "fantasi" adalah seperti yang berikut:

tahayul

1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan 
2. kepercayaan yang karut-karut (kepada sesuatu yang sebenarnya tiada)

fantasi

1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan
2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan
3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya)
Istilah24.12.2015
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang?

Walaikummussalam,

Saudara,

1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan  realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan  melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut  memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah  menentukannya berdasarkan kehendak kajian.

2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik.

sekian, terima kasih.  

Sastera26.01.2011
Selamat Satu Malaysia, tolong jawab 1) sama ada sesuai kata 'roh' dalam ayat di bawah atau tidak? 'Walaupaun Rusia telah menyambut seribu tahun sejak pembabtisan , namun roh tahayul dan pagancy masih terasa' 2) tidak kah lebih sesuai menggunakan 'bau tahyul' daripada 'roh'? Terima kasih Tatiana

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, roh bermakna 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam manakala tahayul pula bermakna 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu permainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Pagan pula orang yg tidak percaya pd sebarang agama utama, spt Islam, Kristian, atau Yahudi.

 Merujuk Kamus Dewan, ketiga-tiga perkataan ini berlainan makna.

Tatabahasa24.02.2010
12

Kembali ke atas