Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khid.mat] | خدمت

Definisi : 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, mak­lumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (ber­tugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh peme­rintah; ~ perubatan perkhidmatan yg ber­kaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan peru­batan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt per­khidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khid.mat] | خدمت

Definisi : kebaikan yg dilakukan utk menunjukkan kesetiaan kpd bangsa, negara dll; bakti: berbuat ~ kpd tanah air. berkhidmat 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. perkhidmatan 1 perbuatan atau hal berkhidmat: Tempoh ~nya akan tamat pd akhir tahun hadapan. 2 kerja, usaha, kemudahan dll utk kepentingan orang ramai. ~ awam segala kegiatan pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai. ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api). ~ pos perkhidmatan yg mengurus pengiriman dan penyampaian surat, bungkusan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khidmat (kata nama)
1. Bersinonim dengan hormat: takzim, sopan santun,

2. Bersinonim dengan bakti: jasa, tugas, kerja, sumbangan,

Kata Terbitan : berkhidmat, perkhidmatan, pekhidmat,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada1985 
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan Pustaka Cawangan SarawakTiada  
Khidmat Nasihat Bahasa 1988-1989 (Pertanyaan - Jawapan)Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan SarawakTiada1990 
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada1985 
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada[t.thn] 
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992 
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada1987 
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994 
Khidmat Nasihat BahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada1987 
Khidmat nasihat bahasaDewan Bahasa dan PustakaTiada1985 
12345678

Kembali ke atas